Sinaran Kebenaran, Kejayaan.
Hari ini secara rasminya nama putera sulung kami telah didaftarkan. Dhiyaulhaq Zhafran bin Mohd Hairulnizam. Dhiyaulhaq bermakna sinaran kebenaran, Zhafran bermakna kejayaan. Semoga anak kami sentiasa berada pada jalan kebenaran dalam mencapai kejayaan hidup di dunia dan di akhirat.
JPN Kuala Krai jadi pilihan untuk daftar walaupun ada cawangan Machang, memandangkan adik ipar aku bertugas di sana...
Abang Abu Sekarang Dalam Tahun Apa?
Ada dapat email tadi, ingatkan tips penting tapi rupanya email dari tahun akan datang. Kalau untuk 2011 raya aidiladha dah lepas, untuk 2012 belum lagi. Mungkin Abang Abu saja hendak beri ucapan lebih awal, kita hendaklah bersangka baik…bukankah begitu kawan-kawan.
Share
Kelahiran Yang Dinanti, Syukur Alhamdulillah.
Alhamdulillah, rezeki yang Allah kurniakan buat aku dan isteri. Semoga anak lelaki yang dianugerahkan ini menjadi anak yang soleh, sihat hendaknya, berbakti kepada kedua ibu bapa dan bijaksana. Nama akan diumumkan nanti selepas selesai proses pendaftaran. Nasib baik ada adik ipar yang bertugas di JPN boleh minta tolong dia buatkan segala urusan.
Kelahiran secara normal, aku pula berada disisi untuk...
[Live] Hari ini masih menunggu.
Sesampai jer aku dari Mentakab ke Machang terus pergi Hospital Machang untuk tengok isteriku, walaupun badan keletihan memandu 7 jam tetap digagahkan juga.
Memandangkan waktu melawat tengah hari singkat sebab aku sampai pun sudah lambat maka berjanji hendak datang belah petang pula iaitu jam 5 petang. Dapatlah bersembang panjang.
Sebelum jam 7 malam aku dan mak mertua telah keluar dari wad untuk pergi...
Kau Buat Takper? Bila Kena Pada Ahli Keluarga Kau Baru Nak Sedar..
MTV Akim & Fiq – Mesti Ada Cinta.
Tajuk entri ini adalah rumusan padat berdasarkan muzik video terbaru nyanyian Akim dan Fiq.
Apa yang cuba disampaikan memang realiti kehidupan sekarang, bila perlakuan sendiri tidak pernah fikirkan akibat dan balasan di dunia serta di akhirat nanti. Buat sesuatu itu macamlah boleh hidup selamanya. Agama dah tetapkan had-had yang perlu diikuti demi kesejahteraan...

Komen Terkini