Gembirakan Dia, Ukirkan Senyuman.

Gembirakan dia, ukirkan senyuman di wajahnya.

Gembirakan dia, ukirkan senyuman di wajahnya.

Ketika seseorang yang kita sayang berhadapan dengan tekanan kita hadapinya dengan senyuman. Buatkan dia gembira sedikit pun sudah mencukupi kerana yang pasti kita juga akan mendapat manfaat darinya. Tindakan merupakan satu keperluan tetapi jangan dilupakan kesesuaian dengan keadaan. Tindakan yang minima tetapi kesan maksima merupakan kaedah terbaik.

Aku juga berhadapan dengan semuanya. Sebelumnya dia mungkin marah, mungkin ada sedikit kecewa dalam diri tapi aku harus bertindak bijak. Ketika keadaan tidak mengizinkan dan diselubungi dengan perasaan marah jangan pula kita menambahkan rasa itu. Jika berdiam adalah yang terbaik maka itulah langkah terbijak. Senyap ketika pasangan kita marah adalah perlu kerana andai kedua-duanya sama-sama marah maka perkara buruk akan terjadi.

Senyuman yang meredakan

Senyuman yang meredakan

Gambar isteriku ini aku rakamkan ketika kami masih lagi berkawan, berkasih dan bercinta secara senyap-senyap. Percintaan kami bukan kerana halangan daripada keluarga umpama slot drama melayu kita, tetapi kami menyembunyikannya daripada kawan-kawan kelab kereta. Ketika itu belum ada kepastian akan ikatan kami, adalah lebih baik hanya kami sahaja yang tahu kerana andai kata ketika itu kami tidak dapat meneruskan hubungan cinta itu bukankah akan timbul rasa malu pada kawan-kawan.

Cukup aku bercerita tentang percintaan kami kerana topik yang ingin diperkatakan di sini berkaitan tajuk di atas. Gembira dan senyuman dari wajah insan yang tersayang. Mungkin ada sedikit masalah, kerana kami sekarang duduk berjauhan. Dia mungkin terasa bila aku tidak dapat memenuhi permintaannya untuk bertemu pada suatu tarikh kerana aku terpaksa bekerja. Jika itu yang ingin dipersalahkan maka memang aku harus disalahkan.

Hari ini dia berdepan dengan tekanan kerja, segala benda harus dikerjakan sendirian. Hinggakan kerja seorang yang bergelar ketua pun harus dikerjakan oleh isteriku. Apakah itu perlu, adakah ketua itu punya akal fikiran? Gaji bulanan diterima berkatnya tiada apalah guna. Perlu diingat, kerja berpasukan suatu kelebihan dalam mendapat hasil yang lebih baik.

Tekanannya diluahkan kepadaku melalui Yahoo Messenger, aku baca aku juga berfikir sama. Andai aku mampu membuatkan dia gembira seketika selepas tekanan kerja akan aku cuba laksanakannya. Aku tidak merancang aku tidak bercadang tetapi ianya berlaku secara spontan saja. Aku sedang mencari gambar menarik di dalam komputerku, ketika itu juga aku menjumpai fail gambar di atas. Aku ubah, susun dan atur. Aku letakkan sedikit kata-kata hanya untuk berseloka, Alhamdulillah terukir senyuman diwajahnya. Itu kata dan luahan rasa tertulis dari isteriku. Walaupun tidak seberapa namun aku rasa itu cukup bermakna.

Moga di hari-hari kemudian aku mampu membuatkannya terus senyum dan gembira. Insya Allah aku akan berusaha.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini “Setiap Gambar Ada Cerita”. Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

1 Response

  1. Ain says:

    bila orang yg kita syg bahagia, kita pun akan rsa bhgia.. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *