-
16
Nov

Ketika Cinta Bertasbih
Ketika Cinta Bertasbih.
Sebuah karya yang amat menarik, jalan ceritanya sungguh memberi kesan kepada aku hingga andai aku terlepas apa jua babak aku akan kembali ke babak tersebut bagi memastikan aku faham jalan ceritanya. Pelakon-pelakonnya juga pandai menjiwai watak yang diamanahkan. Cinta berlandaskan agama itu indah. Islam merupakan pedoman cinta mereka. Aku sungguh terharu.

Oki Setiana Dewi
Pelakon wanita ini yang aku suka, wataknya sungguh menarik. Raut wajahnya cantik dan punya ciri-ciri indah seorang muslimah. Cara percakapannya cukup teratur.
Sedikit maklumat tentang Oki Setiana Dewi, dilahirkan pada 13 Januari 1989 di Batam, Indonesia. Watak yang dipegangnya ialah Anna Althafunnisa.
Antara babak-babak menarik dalam filem Ketika Cinta Bertasbih ini:-

Jodoh yang dirancang untuk Anna

Menyanyi di majlis kahwin wanita yang dicintainya

Wanita yang dicintai menangis di atas pelamin
Sinopsis filem daripada tontonan aku:-
Cinta merupakan motif utama. Islam merupakan landasan yang dipegang dalam membina hubungan cinta dan kehidupan harian. Watak utama Khairul Azzam (Azzam) dan Anna Althafunnisa (Anna) memberikan kesan dalam jalan cerita filem ini. Permulaan cerita lebih menjurus kepada masalah hubungan dan kehidupan teman rapat Azzam. Percintaan teman-temannya juga banyak diceritakan dan Azzam bertindak sebagai penasihat bagi mereka juga. Disebabkan terlalu memikirkan akan orang lain dirinya sendiri diabaikan. Mempunyai perasaan kepada penuntut perempuan yang bernama Anna walaupun tidak pernah berjumpa ataupun melihat rupanya, tetapi bila telah ditakdirkan bertemu walaupun dari jauh rupanya wanita itu pernah dijumpainya ketika adegan menyelamatkan harta Anna dan temannya yang tertinggal di dalam bas.
Azzam telah menghabiskan masa selama 9 tahun di Cairo, akhirnya dia lulus juga. Sepanjang kehidupannya di perantauan dia mencari rezeki dengan membuat tempe dan menyediakan masakan asli Indonesia di majlis-majlis keramaian yang mana tenaganya diperlukan. Begitu rapat dengan pelakon sinetron bernama Eliana, sehingga segala majlis keramaian yang dijalankan olehnya mesti menggunakan khidmat Azzam untuk penyediaan makanan. Dalam diam Eliana ada menyimpan perasaan kepada Azzam dan banyak kali juga mereka berseloroh berkaitan perasaan suka terhadap masing-masing. Bagi Azzam dia tidak minat dengan perempuan seperti Eliana kerana dia mahukan muslimah seperti Anna.
Anna telah dipinang oleh Furqan iaitu teman dan kenalan kepada Azzam. Furqan merupakan seorang anak orang kaya dan sering menunjukkan kekayaannya dengan hidup mewah tinggal di pangsapuri dan hotel mewah walaupun ketika masih belajar. Walaupun suka menunjuk dari segi kebendaan tapi dia tidak sombong dan angkuh malah disenangi teman dan kawan. Sehingga satu peristiwa dia diperas ugut oleh seorang wanita arab yang terlibat dalam kumpulan pemerasan. Furqan telah dirogol oleh wanita tersebut, dan gambar bogel mereka telah dirakamkan oleh wanita tersebut. Disebabkan Furqan tidak sedar ketika perkara itu dilakukan maka keesokan paginya dia mendapat email yang menyatakan perkara buruk itu telah berlaku. Tidak cukup dengan itu, Furqan disahkan menghidap HIV AIDS selepas peristiwa hitam itu. Wanita arab tersebut telah berjaya ditangkap. Furqan dinasihatkan meninggalkan tanah arab bagi menjaga nama baik dirinya dan keluarga. Namun begitu, rahsia yang dipendamnya itu hanya diketahui oleh dirinya sahaja sehingga menjadi beban yang amat berat.
Walaupun Furqan menghidap HIV namun dia tetap meneruskan niatnya untuk memperisterikan Anna. Sungguh tidak disangka peristiwa selepas mereka berkahwin akan lebih menarik berdasarkan paparan awal sambungannya dalam Ketika Cinta Bertasbih 2.
Azzam juga akan menghadapai dilema yang amat menarik di dalam sambungan tersebut. Dilemanya ialah:-
- tidak mempunyai pekerjaan selepas balik ke Indonesia.
- dilema cinta antara dia dan wanita yang mencintai dan menyayanginya.
Aku tidak sabar menunggu sambungan Ketika Cinta Bertasbih 2.
- Published by ejam in: Hiburan Ulasan Dan Kritikan







12 Responses to “Ketika Cinta Bertasbih”
cerita ini memberi kesan yang mendalam kepada sesiapa yang menghayatinya,bahkan mampu mengubah seseorang menjd yang lebih…..cerita ini banyak membantu anak muda supaya berakhlak mulia kerana x rugi berakhlak mulia dalam kehidupan seharian!!!!
memang terkesan dgn filem ini, cukup2 menarik…
jangan pandang remeh tentang perkara ini
jadilah HAMBA ALLAH yang betul2 layak di sisinya
Subhanallah,,,,,,,,,,,,,,,
film ini memang sangat membangun jiwa
andaikan ada kcb the series,q mau ko jadi anna althafunnisa masa remaja,,,,,,,,,,,,,,
untuk pengetahuan kamu…
KCB sekarang sedang bersiaran secara sinetron (series) di Indonesia dengan membawakan tajuk “Ketika Cinta Bertasbih – Spesial Ramadan”
saya tidak ketinggalan mengikuti setiap episod walaupun lewat sehari dari tarikh siaran rasminya…
series kali ini lebih banyak konfliknya bila mana yang terlibat semuanya orang-orang muda sahaja dan tidak ada bimbingan orang tua mereka…
cabaran datang setiap waktu…
ketika komen ini di balas baru masuk episod ke 9 saya tonton dan episod ke 10 akan bersiaran petang nanti…
lorrr
anna tu lahir thn 89?muda lg mehh
sebaye ery je
ngeh3
muda, tapi muka dia menunjukkan kematangan kan…kan…
Leave a Reply