Korban?

Bila Raya Haji jer semua orang cari aku.

Bila Raya Haji jer semua orang cari aku.

Hari Raya Haji. Tahun ini pertama kali sambut diluar kawasan liputan biasa. Kebiasaannya sebelum-sebelum ini selama 27 tahun aku akan merayakan hari raya yang tak macam raya nie di Melaka jer. Tahun ini aku akan merayakan diluar kawasan iaitu di negeri yang terkenal dengan sambutan meriah ketika Raya Haji. Jadi aku akan ke Kelantan pada hari Khamis nie bersama isteri tercinta.

Perjalanan aku harapkan berjalan lancar di dalam suasana cuaca yang tidak menentu sekarang. Mengikut laporan berita malam tadi kawasan yang nak dituju iaitu Machang ada naik air sedikit. Aku harapkan tiadalah halangan besar.

Perasaan? Ada juga sedikit nerves dan mungkin bercelaru. Mana tidaknya, pertama kali aku beraya di negeri orang, adat budayanya aku tidak pernah alami. Harap-harap semuanya berjalan lancar. Aku akan update semula blog ini dengan kisah-kisah menarik dari negeri orang sekembalinya aku ke Melaka pada Isnin 30.11.2009 nanti. Live Blog aku akan cuba aku update jika ada gambar dan cerita menarik. Jangan signal Hotlink buat hal sudah.

Selamat berhari raya kepada semua. Memandu dengan berhati-hati ketika pulang ke kampung.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini “Setiap Gambar Ada Cerita”. Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

5 Responses

  1. sayang says:

    apsal nak neves plak..sama jer kat mana2 pun..sambutan tetap sama…tp mungkin lebih meriah sikit, sana sini de jamuan makan nasi dan yang pastinya lauk adalah berasaskan daging semata-mata….hehe

  2. firdee says:

    waduh…terkujat sekejap bila scroll ke bawah je terjojol muka lembu…huhuhu :p

  3. ejam says:

    comel kan lembu tu…hehe
    sedap dibuat satay dan rendang…nasib baik org kelantan tak buat rendang, kalu tak mesti best…
    bercuti beraya di kelantan pengalaman baru bg aku…

  4. firdee says:

    ko asal mana ejam?

  5. ejam says:

    aku org melaka ler firdee, lahir di melaka dan dibesarkan pun di melaka…
    tapi jgn tanya pasal tempat2 di melaka nie coz aku tak tahu sgt ler coz bkn kaki rayau nyer…hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *