Hanya di Radio...

Hanya di Radio...

Radio. Semua orang pernah dan sedang dengar radio. Sekarang ini radio didengari dengan pelbagai kaedah, ada yang masih menggunakan pemain radio, radio online, radio dalam telefon bimbit dan radio kereta. Semua radio tersebut tidak termasuk radio car yer kerana itu bukan radio yang boleh kita dengar penyampai radio membebel dan memutarkan lagu.

Anda ada pilihan saluran kegemaran anda? Marilah kita berkongsi saluran radio kegemaran anda. Sebelum itu mari ketahui pilihan aku dan kenapa aku pilih itu dan ini.

Pilihan aku adalah dikategorikan seperti berikut iaitu mengikut masa dan kesesuaian keadaan.

Pada hari kerja Isnin hingga Jumaat bermula dari jam 8pg hingga jam 9pg sekiranya aku masih lagi memandu menuju ke pejabat ataupun sedang melakukan kerja, pilihan telinga aku ialah:-

Era - Muzik Terkini

Era - Muzik Terkini

Radio Era.fm

- Aku suka dengar Aznil dan Din Beramboi membebel pagi hari, bila tiba masa Din Beramboi buat lawak tu yang jadikan aku tidak boleh tidak mesti nak gelak atau senyum seorang ketika memandu kereta. Entah apalah kata orang sebelah ketika berhenti di lampu isyarat jika melihat aku tersenyum seorang, mesti ingat aku gila tapi aku peduli apa. Terapi senyum dan gelaklah yang buatkan aku kekal nampak muda belia remaja hingga kini walaupun umur dah matang. Matang ker?

Muzik Retro Terbaik.

Muzik Retro Terbaik.

Radio Sinar.fm

- Sinar Pagi juga slot yang menjadi pilihan utama aku ketika memandu ke pejabat. Biasalah radio Era.fm ni bukan seronok didengar sepanjang masa kerana ada ketikanya aku pun terasa menyampah dengan iklan yang melampau serta lagu yang tidak berapa nak masuk jiwa aku yang tenang lagi senang lenang ni. Selain dari Din Beramboi, gabungan trio Sinar.fm iaitu Salleh Yaakob, Kak Engku dan Krill juga mampu membuatkan aku tersenyum dan tergelak seorang.

- Memandangkan aku sampai ke pejabat sekitar jam 9pg maka aku akan terus mendengar Sinar.fm secara online kerana jam 10pg penyampai radio pujaan hatiku iaitu Abby Fana akan mengambil alih konti Sinar.fm. Aku suka mendengarkan cara penyampaiannya yang ceria dan gembira. Bila tiba bab yang dia bagi soalan cepuput tu buat aku berfikir secara luar dugaan minda biasa…hehe, aku seronok. Jawapan dari soalan yang diberikan biasanya sangat-sangatlah membuatkan aku tidak terfikir akan itu jawapannya.

- Sinar.fm akan terus kedengaran di speker komputer aku sehingga jam 4ptg iaitu ketika Linda Onn ambil alih konti. Selepas jam 4ptg aku akan berubah ke saluran lain yang baru sahaja menapak minat di telingaku sejurus penyampai lama itu kembali, iaitu…

Thr Gegar - Permata Pantai Timur.

Thr Gegar - Permata Pantai Timur.

Radio Thr Gegar.

- Jam 4ptg tiba pula giliran penyampai feveret aku iaitu Isma Halil Hamzah atau lebih mudah dipanggil Isma Halil. Memandangkan Thr Gegar hanya boleh didengari secara biasa oleh mereka yang berada di pantai timur sahaja kerana frekunsi yang disediakan hanya untuk mereka sahaja oleh tokey besar mereka Astro. Strategi Astro untuk mengekalkan kedudukan radio Era.fm kot.

- Isma Halil akan bertugas dari jam 4ptg hingga jam 8mlm, biasanya kalau sempat aku akan sambung dengar online di rumah pula, itu pun kalau Celcom Berukben tidak menunjukkan simptom harusku maki hamun.

Mereka inilah yang menceriakan hari-hariku ketika sedang bekerja di pejabat mahupun ketika memandu di jalanraya. Terima kasih kepada kalian semua, penyampai yang aku kagumi.

Abby Fana - Sinar.fm

Abby Fana - Sinar.fm

Isma Halil - Thr Gegar

Isma Halil - Thr Gegar

Kredit Gambar dan Info:- Era.fm, Sinar.fm, Thr.fm

Nota kaki:- Aku dengar radio online dengan menggunakan program Malaysian Radio V2 by Acapz.

Related Posts with Thumbnails