Sekarang ini aku sudah mula aktif dengan burung biru yang comel iaitu Twitter. Bila on laptop atau pc di pejabat mesti akan onkan twitter sekali, aku menggunakan TweetDeck sebagai program untuk aku ber-tweet. Ada banyak program untuk ber-tweet tapi aku tergoda dengan TweetDeck kerana menggunakan background programnya warna hitam, nampak profesional sikit.
Aku pernah keliru dengan fungsi Twitter ini ketika mula-mula berkenalan dengannya, aku tidak tahu fungsi, kelebihan dan segala yang berkaitan dengannya. Kini sedikit demi sedikit aku mula berjinak-jinak menggunakannya untuk menambah kenalan dan ilmu. Ramai penggunanya terdiri dari mereka yang bekerja dengan komputer seharian. Antara bidang kerja yang menggunakan komputer mestilah mereka yang terlibat dengan IT atau lebih dikenali teknologi maklumat. Ada antara mereka programmer yang terlibat secara serius dalam penghasilan aplikasi web. Mereka sangat memberikan motivasi kepada aku untuk mengetahui lebih tentang alam maya ini. Aku suka pada penggunaan WordPress, ada antara mereka merupakan pembangun aplikasi, theme dan blog berdasarkan WordPress ini. Jadi aku dapatlah menimba serba sedikit pengetahuan yang mereka kongsikan.
Aku sebagai pengguna Twitter tidak pernah terfikir bagaimana agaknya pejabat operasi mereka. Tadi ketika jalan-jalan siber selepas membuka link dari salah seorang Twitter aku menjumpai gambar pejabat operasi mereka. Sangat cantik dan melambangkan burung-burung yang sinonim dengan Twitter.
Jom kita saksikan pejabat mereka, nampak menarik dan selesa serta lengkap dengan berbagai kemudahan.

Ruang Legar Pejabar Twitter

Kaunter Penyambut Tetamu Twitter

Meja Dengan Logo Twitter

Ruang Istirehat

Imej Twitter Pada Dinding

Mungkin Bilik Mesyuarat Twitter

Ruangan Rehat Yang Hitam & Tenang

Hiasan Rusa Di Pejabat Twitter? Macam Tak Kena

Apa Ini? Kabinet Fail Ker?

Boleh Men-DJ Di Pejabat Twitter

Tunjuk Bakal Men-DJ

Ruangan Untuk Main Masak-masak

Boleh Main Galah Panjang

Dinding Biru Yang Cantik

Zon Mari Bergosip

Lepak-lepak Petang Corner
Kredit Gambar: TechCrunch.com








