otai SEO....
Baru semalam terbaca topik di twitter kak kujie pasal keyword yang manusia diluar sana gunakan dan menuju ke blognya. Blog beliau amat rajin sekali diupdate kerana beliau penuh idea kot tak macam aku yang sering takde idea nie. Sekarang nie bila terbaca akhbar online tadi tetiba teringat pada tweet kak kujie semalam.
Keyword yang dimaksudkan “bontot sedap” yang menuju ke blog kak kujie dengan slogan utamanya “hidup biar sedap”, kebetulan ada sedap tu pun boleh jadikan. Berita pasal pakcik tua yang bergelar “Imam” kononnya ler yang menjadikan aku teringat pada kak kujie. Baca isi kandungan akhbar tersebut di bawah.
Imam cabul pemuda di hotel direman 4 hari
Oleh Jaafar Mulup
bhnews@bharian.com.myTAMPIN: Seorang imam berusia 58 tahun ditahan reman selama empat hari mulai semalam kerana disyaki mencabul seorang pemuda berusia 22 tahun ketika memberikan rawatan tradisional di sebuah hotel di sini, malam kelmarin.
Pemuda itu mendakwa ketika dirawat, imam yang bertugas di sebuah masjid di daerah ini meraba dadanya, mengusap kedua-dua cuping telinga, mengucup bibir dan memegang zakarnya.
Terkejut dengan kaedah rawatan luar biasa itu, pemuda itu menyarungkan pakaiannya dan segera melarikan diri daripada bilik hotel dan membuat laporan polis.
Menurut sumber, pemuda yang berasal dari Kuala Lumpur itu bertemu imam terbabit untuk mengubati penyakit yang dihidapinya dan setiba di stesen bas Pulau Sebang dekat sini, dia dibawa ke sebuah hotel di Jalan Seremban-Tampin.
“Mangsa diminta berbogel untuk proses rawatan. Mula-mula, imam terbabit melakukan urutan ke seluruh badan. Mangsa terperanjat apabila dadanya diraba dan kedua-dua cuping telinga diusap. Dia kemudian mengucup bibir dan memegang zakar mangsa.
“Tersentak dengan rawatan luar biasa itu, mangsa mencapai dan menyarung pakaian lalu melarikan diri dari bilik hotel. Dia kemudian membuat laporan di Balai Polis Tampin,” katanya.
Sumber itu berkata, imam terbabit sebelum ini disyaki melakukan gangguan seksual terhadap seorang kanak-kanak yang mengaji al-Quran dengannya, tetapi kes diselesaikan oleh imam itu dan keluarga mangsa tanpa dilaporkan kepada polis.
Timbalan Ketua Polis Daerah Tampin, Deputi Superintendan Mohd Isa Ujang, ketika dihubungi mengesahkan penangkapan imam itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan kerana melakukan kelucahan melampau dengan seorang lelaki lain di tempat awam atau persendirian yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun.
Beliau juga meminta ibu bapa yang anak mereka pernah menjadi mangsa atau sesiapa saja yang pernah menjadi mangsa kelucahan melampau suspek terbabit membuat laporan polis untuk membantu siasatan.
Sumber: Berita Harian Online.
Orang macam inilah yang menjadikan sesuatu itu nampak buruk dan teruk di pandangan mata pihak-pihak lain. Perkara yang berkaitan akan mendapat nama buruk adalah seperti berikut:
- Institusi Imam.
- Seni perubatan alternatif.
- Pengusaha hotel murah.
- Tukang-tukang urut tradisional.
Bayangkanlah betapa ramai lagi yang akan terjejas kerana seorang pakcik tua ini. Umur dah hujung-hujung usia tapi perangai tak ingat mati agaknya. Jauhilah perbuatan kaum Nabi Lut itu kerana janganlah nanti datang bencana dan musibah pula ke negara kita ini. Minta dijauhkan.







huhu…Tampin…dekat dengan kampung aku tu
Aiseh…wat buruk nama Tampin jek…segan aku dibuatnya.
tuler pasal, mmg ramai yg akan merasa malu dgn tindakan org tua camtu, aku yg ada kampung di kuala pilah pun terasa gak tempiasnya…
sungguh memalukan…
title yang tak bleh blah sebab dia seorang tok imam tuh.
oh malunye…. betoi ke status imam dia tuh.
surat khabar main letak je title.. kadang2 belum di sahkan betul ke tidak itu imam.. aku harap bukan imam betul la.. kalau imam mencabul perempuan pon boleh kata sangat bangang, ape tah lagi kes macam ni.. gila!
bro, dengan iklan innity berita harian pon ko copy paste sekali ni ape kes? haha
kat umah cek br nmpk iklan tu, hampeh sungguh, camner ler bleh terikut iklan tu, kat opis td tak nampak pun…
berpuaka kot pc opis aku tu…hehe
macam-macam kes sekarang ni…dunia akhir zaman…
apa ni…2-3 kali ayat
‘teringat kak kujie’
tak takut kena pungai dgn periuk belanga ke? :p
kes top sebab yang terlibat memegang title ‘berharga’
mak aii.cam gitu sekali orang kita sekarang..
adoi la…ada jugak iman gaya gini…biasanya imam ni seorang yang paling direspek di mana2 aje…bila dah jadi gini memang akan efek kepada ramai orang…manusia akhir zaman…
ini maknanya, tak boleh nak judge orang dari luaran jer, nampak jer orang tu alim, pakai serban, bertudung litup berjubah segala, belum tentu lagi baik dan tak buat perkara2 yang jahat…sebaiknya kita muhasabah diri n bersederhana dalam segala hal, janji jgn buat perkara yang dilarang oleh Allah SWT…
ek eh, tetiba jd macam Ustazah la plak..hehe…