Cimbeng Baru?

CIMB Clicks bakal berubah wajah.

CIMB Clicks bakal berubah wajah.

CIMB Clicks bakal berubah wajah, ini mesti sempena ketibaan tahun baru 2010. Dari paparan video preview nampak menarik, tapi apalah gunanya menarik jer tapi tetap lembab macam sekarang nie. TAC sampai bukan main punya lambat, adakalanya dah ter-logout pun belum sampai lagi. Sungguh teruk servisnya.

Paparan web baru diharapkan keupayaannya baru dan lebih bagus lagi. Jangan jadi macam Maybank2u dah ler, mula-mula pelancaran web baru mereka amat teruk sehingga sukar diakses oleh pengguna. Sampaikan satu ketika, pihak Maybank terpaksa menggunakan paparan M2U yang lama untuk disesuaikan dengan laman baru. Sungguh memalukan.

Sama-samalah kita nantikan CIMB Clicks bakal mengulangi rekod buruk Maybank2u atau tidak.

Maklumat lanjut:

http://www.cimbclicks.com.my/preview.htm

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini “Setiap Gambar Ada Cerita”. Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *