Dua Kosong Kosong Sembilan [2009]
Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk tahun 2009 melabuhkan tirainya. Aku rasakan 2009 banyak perkara yang terjadi kepadaku, yang indah berbunga-bunga dan suka duka yang datang mengisi ruangan 2009. Aku ingin mengarang cerita tentang 2009 dan kehidupanku, namun mungkin kotak memori ini tidak berapa kuat. Andai ada peristiwa yang terlupa secara tepatnya maka itulah nikmat lupa yang aku tidak pernah salahkan. Perlu diingat semua bahawa lupa itu merupakan nikmat yang Allah berikan kepada kita untuk kebaikan kita juga, andai manusia ditarik nikmat lupa itu maka hidup ini akan sentiasa dibayangi kisah-kisah dan kejadian gelap yang menghantui diri. Bersyukur pada kurniaan-Nya.
2009, dua kosong kosong sembilan. Tahun aku berubah status daripada seorang anak bujang kepada suami kepada seorang isteri yang sah dikahwini bernama Norsaritanaini bte Mahasan. Perkenalan yang sekejap, tanpa ada perasaan pada mulanya kerana mencari kawan dan teman itulah motif utamaku menjadi ahli kelab kereta Myvians.com namun begitu, indahnya takdir dan kuasa Yang Maha Esa kami bersatu.
Berkenalan dan berkawan dalam kumpulan, menjadi rapat secara diam-diam tanpa ada meninggalkan sebarang kesan. Tiada siapa pun yang mengetahui tapi mungkin ada yang menyedari. Bukan niat untuk menipu tapi itu perlu, tiada kepastian dalam perhubungan ketika itu, jadi menjaga ikatan persahabatan itu perlu agar jika tidak sampai apa yang dihajati maka janganlah pula persahabatan yang dicipta itu menjadi musuh dan dendam pula.
Aku bersuara kepada Abahku, “ejam nak hantar rombongan meminang”…muka terperanjat tu jelas kerana abah kenal aku yang tidak punya teman istimewa perempuan tiba-tiba bersuara dan menyatakan hajat itu. Kenapa abah terperanjat sangat, anak abah nie sudah cukup dewasa. Tidak perlu rasanya bercinta bagai nak rak tapi tiada kesudahannya, seperti yang terjadi sebelum ini kepada diriku. Mungkin kisah lama itu salahku juga. Aku tidak cukup matang untuk menilai. Tapi aku tidak marah bahkan aku pasrah kerana yang lepas itu mengajar aku apa yang patut dan tidak patut aku lakukan. Walaupun tidak berjodoh tapi aku masih berkawan dengan dia, dia dah pun berkeluarga sudah punya cahaya mata. Isteriku pun tahu perkara ini dan tiada apa yang aku sembunyikan kerana aku jujur pada yang sepatutnya, tidak perlu ada rahsia demi menjaga hati kerana perlukah berpura-pura yang akhirnya tidak ke mana.
Bertunang pada 25.01.2009 yang mana sejurus selepas bertunang kami terpisah secara rela paksa, isteriku berpindah ke Mentakab, Pahang kerana dapat tawaran kerja kerajaan di sana. Bercinta dan bertunang jarak jauhlah selama 8 bulan itu. Berjauhan dapat membendung aku dari terlibat dengan dosa-dosa tipikal pasangan bertunang dan bercinta, Alhamdulillah. Aku tidaklah alim tidak juga baik sangat tapi aku sentiasa pegang pada prinsip “aku ada adik perempuan, aku tidak mahu lelaki buat yang tidak-tidak dengan adikku, oleh itu aku harus tidak melakukan yang tidak-tidak kerana apa yang kita lakukan akan mendapat balasannya”…
Bersatu itu merupakan target kami, Alhamdulillah kuasa-Nya dan dengan izin-Nya kami bersatu pada 25.09.2009. Perancangan kami dipermudahkan. Segalanya berjalan seperti yang dirancang. Terima kasih Allah. Syukur padaMu tidak pernah aku lupakan. Sekarang kami menjalani kehidupan berkeluarga secara jarak jauh. Aku di Melaka, dia di Mentakab. Aku yakin apa yang tertulis dan ditentukan untuk kami adalah yang terbaik. Biarpun apa yang orang cakap tentang hidup berjauhan aku hanya mampu membalas “ada aku kesah” kerana ini hidup aku. Hidup kalau mendengar sangat apa yang orang kata maka tidaklah kemana hala tujunya. Orang suka melihat kita musnah tapi nak harapkan mereka membantu kita berjaya itu adalah susah, mereka akan bertepuk tangan gembira jika nampak hasilnya kita musnah dari kerja jahat mereka. Berpegang pada keyakinan diri, jangan lupa mohon pada Ilahi agar semuanya lancar walaupun beronak berduri.
Mood bercinta itu masih lagi terasa, bercinta lepas berkahwin terasa seronoknya. Alhamdulillah 2009 membawa bahagia dalam hidupku.
Dari aspek kerja pula tidak ada apa yang boleh aku banggakan kerana aku belum nampak kesannya. Kerjaya yang aku cuba bina juga belum bermula, bagaimana? dan bila? tu masih lagi menjadi tanda tanya.
Pembelajaran aku dalam bidang Homeopathy untuk peringkat permulaan sudah habis, untuk bersambung atau tidak belum lagi dapat diputuskan. Mempunyai teman hidup yang memahami cukup aku hargai. Terima kasih sayang untuk sokonganmu selama ini.
Projek dan perancangan banyak difikirkan namun belum mampu dilaksanakan. Ada 2 projek yang telah berjalan terpaksa aku senyapkan semula kerana kesilapan dan kelemahan diri. Aku harapkan ianya mampu dilaksanakan pada tahun 2010 kerana aku perlu bersiap sedia sebelum tiba masanya. Banyak perkara perlu aku fikirkan kerana kini sudah berdua bukan hanya untuk aku sahaja tapi perlu diambilkira aku dan dia juga.
2009 selamat tinggal, moga 2010 akan merubah aku kepada yang terbaik…InsyaAllah…


![Dua Kosong Kosong Sembilan [2009] 2009 calendar 300x299 Dua Kosong Kosong Sembilan [2009]](http://ejamothman.com/wp-content/uploads/2009/12/2009-calendar-300x299.jpg)

speechless apabila tiba2 jadi watak utama dlm entri ni…
terharu bangat…
ohhohohoh terharu jugak la baca post ni.. hehehe nak usya gak la myvians tu.. mana la tau ada yg sangkut ke..
.-= topo´s last blog ..aku blogger yang pandai berkias… =-.
baik cepat usha…ramai aweks kat sana…hahahahaha…
kat tempat keja ai ni pun ramai calon..nak kenal ke, bak meh biodata..hahahaha…
p/s: sejak bila pulak jd agen pencari jodoh ni :-/
aik org umah aku nie buat part time xbgtau pun…haha
lagi terharu dari cerita aku tu. haha.
.-= mrkay´s last blog ..Ulasan Filem : Muallaf (Arahan Yasmin Ahmad) =-.
xde ler terharu sgt, just lite2 jer…cuba baca karangan org umah aku plak…dr sudut dan pandangan dia pulak…
tahniah – moga berkekalan sepanjang hayat
.-= Kujie´s last blog ..Catwalk dengan kasut sekolah baru. =-.
InsyaAllah, terima kasih kak, nanti nak suruh org umah mintak tips2 menarik dr akak, seronok tgk cara akak membesarkan anak-anak…