Hadiah Percuma.

2 Kotak Booster Blitz untuk dimenangi.

Hadiah untuk dimenangi:-

2 Kotak Booster Blitz – Xtra Strenght [Setiap kotak mengandungi 24 sachet] untuk 2 orang pemenang.

Kaedahnya:-

Anda karangkan satu blog post di blog anda yang mana jumlah perkataan tidak menjadi had (tapi biarlah panjangnya logik akal sikit untuk aku baca). Pastikan ianya cukup untuk menyampaikan cerita yang ingin disampaikan. Pastikan ianya dalam Bahasa Melayu mudah baca kerana ianya tidak menjadi syarat menggunakan bahasa melayu kamus dewan, cukup sekadar boleh difahami.

Apa yang perlu anda ceritakan ialah mengenai “Kerja-kerja Harian Anda Yang Memenatkan, Oleh Itu Saya Perlukan Booster Blitz” . Bagaimana? Faham maksud soalan ini? Dipermudahkan cerita, anda ceritakan apa jua aktiviti harian anda yang memenatkan fizikal mahupun mental. Anda huraikan apa aktiviti tersebut dan kenapa ianya memenatkan. Konsep penceritaan yang unik akan menarik perhatian panel hakim, jadi hasilkan karya yang unik dan beridentiti. Akhirkan penceritaan anda dengan ayat ini “Saya Perlukan Booster Blitz”.

Syarat-syaratnya:-

  1. Tinggalkan komen anda beserta link blog post anda yang mengandungi hasil karya tersebut.
  2. Pastikan ruangan komen dilengkapi dengan email anda kerana pemenang akan dihubungi melalui email untuk proses mendapatkan alamat bagi penghantaran hadiah.
  3. Pastikan gambar di atas disertakan di dalam blog post anda kerana dari situ saya yakin bahawa anda perlukan Booster Blitz tersebut.
  4. Pastikan umur anda sudah melebihi 12 tahun.
  5. Tarikh tutup penyertaan pada 12.12.2009. Penyertaan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 Responses to “Hadiah Percuma.”

  1. 02/12/2009 at 10:51 pm #

    wah, ada contest la. nak join boleh? haha

  2. 03/12/2009 at 1:03 am #

    Salam,
    Huhu. Contest. Menarik jugak ni.
    Tengah pikir pasal kerja apa yang buat aku penat utk buat post.

  3. ejam
    03/12/2009 at 10:06 am #

    join ler, aku tgh tunggu penyertaan blogger jer.
    jika byk penyertaan yg mampu gugat panel hakim maka aku akan tambah lagi hadiah tu dr 2 kotak mungkin kpd 3, 4 ataupun 5…semuanya bergantung kpd penyertaan…

    @mohdisa: jom join..
    @mazudi: kau masukkan unsur2 jenaka skit coz panel hakim suka yg kelaka2 nie…(ops terkantoi tips plak)

  4. 04/12/2009 at 6:27 pm #

    wah…boleh try ni…

  5. ejam
    05/12/2009 at 12:50 am #

    cuba try test ler…kalu yg ni dpt sambutan aku akan dptkan sponsor benda lain plak…ramai promoter yg syg lebih kat aku…hahaha…

    *statement nk kena pial tinger…

Trackbacks/Pingbacks

  1. Tweets that mention Hadiah Percuma. | EjamOthman.com -- Topsy.com - 03/12/2009

    [...] This post was mentioned on Twitter by Mohd Hairulnizam, Mohd Hairulnizam. Mohd Hairulnizam said: Hadiah Percuma Untuk Dimenangi http://bit.ly/7R2xR8 [...]

Leave a Comment

CommentLuv badge