Sampah Facebook

Buku Muka...nk kena buku lima ker?

Buku Muka...nk kena buku lima ker?

Aku ada facebook, aku ada ramai kawan di facebook. Semua kawan-kawan aku di facebook paling tidak aku kenal atau tahu serba sedikit pasal mereka. Adakah ada kawan-kawan facebook aku yang tidak aku kenali? Kena buat saringan semulalah nampak gayanya lepas ini. Kisahnya di sini bukan pasal kawan-kawan facebook aku tapi orang yang nak jadi kawan aku di facebook.

Adakah aku patut balas dengan mesej maki hamun sumpah seranah? Atau dengan budi bahasa jiwa bangsa aku sound direct halus dan berbisa untuk mendapatkan maklumat si-peng-rekues tersebut, adakah perlu?Kisahnya adalah beberapa permintaan menjadi kawan. Sudah banyak aku tolak kerana aku tidak kenal, tapi kali ini nasib peminta ini bertuah kerana dapat liputan istimewa dari aku kerana berjaya menempatkan diri dalam blog aku yang super popular nie (popular ker, dasar perah-santan).

Orang tersebut ialah:-

Permintaan tidak berwajah

Permintaan tidak berwajah

Mohd Zaidi? Siapa kau? Kenapa telinga kau besar? Berbulu banyak sekali. Kau ini spesies apa? Lain macam jer dengan spesis aku. Tapi kau ada akaun facebook, pelik gak aku. Pandai kau menaip walaupun kuku kau panjang.

Bila aku cuba selongkar maklumat manusia berbulu ini aku jumpa ini pula:-

Manusia bertelinga capang yang ada facebook.

Manusia bertelinga capang yang ada facebook.

Berdasarkan umur dah matang, dah tahap sudah mimpi basah pun. Kenapa tiba-tiba nak jadi kawan aku di facebook tapi tiada keberanian untuk menunjuk rupa sebenar? Aku tak kisah pun kau kacak atau tidak kerana bukan gay yer. Kalau benar kau kawan yang aku kenal atau kau kawan aku yang kenal aku maka kau patut biarkan aku memastikan kau benar-benar manusia berwajah yang aku kenal atau sebaliknya.

Tengok saja maklumat pendidikan dan pekerjaan dia pun dah nampak tidak serius dan agak bengong orangnya. Terbit juga pertanyaan liar dalam fikiran aku yang tenang lagi tenteram nie. Senarai pentanyaan yang aku perlukan jawapan.

  1. Siapakah lelaki gay ini?
  2. Kenapa wajahnya berlainan spesis, tidak sama seperti aku?
  3. Kenapa dia bersekolah di Hollywood? Aku ada ker kawan dari Hollywood?
  4. Kenapa syarikat dia bekerja tu nampak macam sebuah pusat pelacuran jer?
  5. Adakah dia seorang agen UpTrend? Vemma? atau DapatWang?
  6. Adakah dia blogger yang aku kenal? Blogger dengan rupa camtu? Siapakah dia?

Sungguh banyak lagi persoalan yang berbangkit, tapi aku taknak senaraikan lebih banyak lagi kerana itu boleh menyebabkan serang siber ke atas blog aku nanti.

Selamat datang ke dunia facebook, dunia dengan muka…dan orang yang bermuka-muka…

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

6 Responses

  1. mrkay says:

    bro, mangkuk ni baru request nak add aku kat fb tadi.. tp ada harapan kene reject.. tgk sekolah dia tu mmg aku rasa nak sepak je.. macam bangang.. tp request msg dia sebijik.. aku suspect ni mangkuk hayun MLM… yang aku kategori sebagai peniaga sampah yg menguntungkan org lain dan bukan diri sendiri..

  2. sayang says:

    jangan layan b org cenggini, ignore jer…pikir byk2 mengganggugugat perasaan yang tenang dan damai jer…

  3. ejam says:

    @mrkay: btol tu, nie semua jenis mata ringgit nie, kononnya nk gunakan teknologi tp menyusahkan org jer…sungguh sampah…

    @sayang: mmg dia telah di-reject dgn tanpa rasa serba salah malah diselubungi rasa gembira ria di hari raya…hehe

  4. mohdisa says:

    haha, aku tak kisah pun sapa yang add aku skg ni. biorkan jerk. slg tak wat hal aku approve jerk. tp klu buat benda yang tak sepatutnya, autokick kuar la. haha

  5. Kujie says:

    hahahaha…. dulu2 selalu baca entri org pasal oyehhh..oyeh…aku dah ada akaun fb

    skrgni byk pula yang menyampah..hehehe

    kak jie kalau org nak add YM tak kenalkan diri pun kak jie reject, mmg di tapis sbb kak jie bukan rajin nak layan sembang2 mcm tu

  6. Ahmet says:

    Ich kann nur meine Statistik zu rate ziehen und da sind es noch sehr wngiee. Aber du kannst es ja bewerben, damit mehr Nuzter deiner Website das Plugin nutzen. Ich denke ich bin derjenige, der das Plugin von meinem Blog mit Abstand am meisten nutzt, da ich es immer griffbereit habe und nicht erst im Backend die Suche benutzen muss. Oder ich nutze meine Autocomplete Funktion, wenn ich im Frontend bin, das geht noch viel schneller

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *