-
19
Jan
Apa yang aku tunggukan telah muncul, apa yang ingin aku ketahui telah terjawab. Segalanya membuka mata aku, semoga mata hati juga terbuka juga. Filem Indonesia yang aku rasakan benar-benar membawa pengertian dan cukup baik untuk ditonton, lengkap dengan ciri-ciri Islam yang indah.
Berceritakan tentang Cinta, Persahabatan, Perkahwinan dan Kekeluargaan.
Sambungan ke-2 ini mempunyai hubungkait yang menjadikan segalanya perlu diikuti hingga ke hujung. Aku cukup gembira dengan penghujung filem ini kerana apa yang aku mahukan telah terjawab dan menggembirakan. Ketika filem ini hampir ke penamat yang gembira itu terselit plot yang mengusik jiwa aku, kesedihan kehilangan ibu yang tersayang akibat kemalangan. Tiba-tiba aku teringat kembali arwah ibuku. Ya Allah semoga roh ibuku ditempatkan di dalam golongan orang-orang yang beriman.
Sambungan dari filem pertama menjawab kesinambungan akan bagaimana akan terjadi dalam perkahwinan Anna dengan Furqan. Furqan yang meneruskan perkahwinan itu walaupun menghidap HIV dan akhirnya menyebabkan Anna yang aku sukai (aku suka watak pelakon ini jer) menderita batinnya kerana tidak disentuh oleh suaminya selama 6 bulan. Aku ringkaskan lagi, Anna bercerai dengan Furqan setelah mengetahui apa yang sebenarnya terjadi kepada Furqan.
Azzam yang merupakan lepasan Universiti Al-Azhar walaupun tidak bekerja di bidang yang seharusnya namun sudah berjaya dalam perniagaannya sendiri iaitu Bakso Cinta. Walaupun sudah mengecap kejayaan namun usaha mencari jodoh masih teru-terusan gagal. Sudah banyak kali pinangan dan calon yang dicadangakan membawa kepada penghujung yang tidak seperti diharapkan.
Sudah mula penat dan putus asa mencari jodoh sendiri selepas kehilangan ibunya, maka dia menyerahkan kepada Tok Guru Agama yang amat disanjunginya untuk mencarikan jodoh baginya. Akhirnya jodoh yang dicadangkan ialah Anna Althafunnisa iaitu anak Tok Guru Agama itu sendiri, sungguh gembira mereka berdua kerana cinta mereka akhirnya bersatu.
Aku rasa itulah yang aku dapat ceritakan, nak lebih menarik silalah tonton filem ini.
- Published by ejam in: Aku Dan Kehidupan Hiburan Motivasi Ulasan Dan Kritikan








4 Responses to “Ketika Cinta Bertasbih 2.”
suka sgt cerita ni sampaikan isteri kat sebelah pun wat donno jer…
p/s: best gak citer ni even layan disaat2 akhir…yg paling ptg happy ending…cinta bersatu sapa tak happy kan…
suke dgr lagu die jer..citer x pernah tgk pom..hehehe
tgk ler, best sgt…menyentuh jiwa…
byk pengajaran dlm muvi tu..
Leave a Reply