Madu Lebah.

Madu Liar

Madu Lebah Liar Asli.

Sekarang setiap pagi aku amalkan pengambilan 2 sudu besar madu asli tersebut. Mula-mula ragu juga nak ambil madu nie, yeler tidak diketahui akan keasliannya. Dalam kotak pembungkus madu ini turut disertakan info menguji madu asli. Aku ingin kongsikan apa yang tercetak pada kertas itu.

Cara Menguji Keaslian Madu:-

1. Pecahkan sebiji telur yang tidak disimpan di dalam peti sejuk.

2. Keluarkan “putih” telur dan simpan “kuning” telur.

3. Tuangkan satu sudu besar “Madu” ke atas “kuning” telur.

4. Alirkan “Madu” ke atas seluruh “kuning” telur dengan sudu dengan tidak memecahkan “kuning” telur.

5. “Kuning” telur akan berubah menjadi seperti “kustard” dan akan hilang bau telurnya dalam masa 2 minit.

6. Campuran seperti “kustard” yang diperolehi boleh dimakan. Ia dipercayai merupakan “rahsia” kesihatan dan umur panjang pembela lebah.

Kredit: Total Health Concept Sdn. Bhd.

Apa yang aku tahu cara lain untuk mengetahui keaslian madu ialah, ianya tidak akan dihurung oleh semut walaupun didedahkan tanpa bertutup. Madu Liar yang aku beli ini membuktikan apa yang aku ketahui, tidak ada seekor semut pun mendekati bekas madu ini.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

3 Responses

  1. Kreuger says:

    wahaa…. kasik up pawer nampak. hehe
    kasik tarok sama telur ayam kampung separuh
    masah… lepas tuh campur skit majunn pak tani
    hohohoho terangkat
    .-= Kreuger´s last blog ..Kucing betina ada datang bulan tak? =-.

    • ejam says:

      dgn madu jer dh ckp panas aku rasa…
      kalu campur madu mau pengsan aku…
      kalau dekat ok ler ni jauh…kalau terangkat camner…
      kesian kat aku…haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.