Diskaun Tol CNY

Diskaun Tol Sempena Tahun Baru Cina.

Selamat Tahun Baru Cina.

Semoga percutian yang akan datang diambil peluang oleh semua orang. Tidak lupa juga nasihat berhati-hati di jalanraya, pastikan pemanduan anda memikirkan orang lain, jangan nak lepas diri sendiri sahaja. Anda ingin pulang ke kampung, begitu juga orang lain. Sama-samalah kita selamat pergi dan selamat pulang.

Sempena cuti panjang kali ini, beberapa syarikat tol di Malaysia memberikan diskaun kepada penggunanya. Anda boleh ambil peluang ini untuk perjalanan yang lebih selesa dan menjimatkan.

Lebuhraya PLUS & Elite.

- Diskaun bayaran 10% pada 10, 11, 12, 17,18, dan 19 Februari.

Lebuhraya KLK & LPT.

- Percuma mulai 11.30 malam 11 Feb hingga 4.30 pagi 12 Feb dan 11.30 malam 15 Feb hingga 4.30 pagi 16 Feb.

Lebuhraya LDP.

- Diskaun purata 60 sen antara jam 12.01 pagi hingga 12 tengah malam 14 Februari.

Lebuhraya Sprint.

- Diskaun purata 20 sen antara jam 12.01 pagi hingga 12 tengah malam 14 Februari.

Lebuhraya DUKE.

- Diskaun 20% antara jam 12.01 pagi hingga 12 tengah malam 14 Februari.

Lebuhraya Grand Saga.

- Diskaun 10% antara 6 pagi 14 Feb hingga 6 pagi 15 Feb.

Lebuhraya Kesas.

- Diskaun 10% antara 6 pagi 14 Feb hingga 6 pagi 15 Feb.

Lebuhraya Silk.

- Diskaun 5% antara 12.01 pagi hingga 12 malam 14 Feb.

Lebuhraya NPE, Besraya, Smart, Akleh, Guthrie, KLP.

- Diskaun 10% antara 12.01 pagi hingga 12 malam 14 Feb.

Ambil peluang ini, jangan lupa berhati-hati.

Sumber: Facebook Berita Harian.

Related Posts with Thumbnails