Rasuah kian parah...

Rasuah kian parah...

Bila agaknya perkara ini akan ada penamatnya? Adakah perlu bencana datang menunjuk muka baru nak ada kesedaran? Tapi sempatkah meraih simpati taubat tika saat terakhir dipanggil kembali?

Diberi tanggungjawab dan amanah melaksanakan, namun begitu mengambil kesempatan membuat keuntungan. Alahai manusia, tidak pernah serik dan ambil iktibar dari tanda-tanda yang diberikan. Kenapa perlu diulangi kesilapan yang akhirnya merosakkan diri dan orang lain. Ingat bahawa jahat yang anda buat bukan natijahnya pada anda sahaja tapi rangkaian lain juga akan turut merasainya.

Pelaksanaan kononnya untuk kebaikan bersama, dalam masa sama “apakah faedah yang boleh saya dapat”. Itulah realiti kehidupan bila berurusan dengan penguatkuasaan. Jalankanlah tugas tu dengan amanah seumpama esok bakal mengadap Penciptamu.

Realiti yang aku perhatikan dalam dunia kerja aku sekarang, pelakunya orang kita, agamanya sama dengan aku juga tapi kenapa dia sanggup melakukannya hanya kerana duit? Berurusan dengan bangsa yang punya kuasa duit, janganlah pula anda juga jadi hamba kertas berwajah tu. Jangan beri pilihan yang mengharapkan balasan, andai kata ada peluang beri pilihan maka gunakan kaedah benar dan betul bukan pula sogokan jadi pilihan.

Insaflah wahai mereka-mereka itu. Jangan sampai saat dipanggil baru mula menggigil.

Related Posts with Thumbnails