Aku sangat TENSION dengan SKSA

Wordpress punya pasal, aku tension dengan pihak hosting...

Hari Khamis 29 April 2010.

Hari ini aku sangat-sangat tertekan dengan pihak hosting di mana ada satu laman web yang sedang aku siapkan. Hosting tersebut dibeli untuk kegunaan satu syarikat, memandangkan ada satu lagi syarikat ingin memiliki laman web maka aku hanya menggunakan hosting yang sama untuk domain yang berbeza (addon domain jer). Jangan pelik, kedua-dua syarikat tu merupakan syarikat yang mana aku bekerja. Ada banyak skop perniagaan berbeza dengan pengurusan yang sama. Aku bertindak sebagai pembantu untuk perkara-perkara yang melibatkan IT. Aku tidak pakar ataupun mahir tapi sikit-sikit tu boleh jugak ler.

Pada jam 1 tengah hari tadi hosting tersebut tiba-tiba down. Aku biarkan dulu untuk seketika kerana waktu tersebut aku tiba-tiba sibuk mencari coding untuk mengubah theme wordpress. Bila hampir 1.30 tengah hari masih lagi tidak ok maka aku bertindak untuk call HOTLINE mereka. HOTLINE yer aku tegaskan. Bila dail 03-20969121 maka dengarlah suara robot suruh tekan nombor untuk berurusan dengan department mana, aku pilih 2 kerana nak bercakap dengan bahagian SUPPORT. SUPPORT yer aku tegaskan. Bila ada mamat nie angkat aku tanyalah kenapa laman web tersebut down? Dia boleh cakap “Maaf yer support kami keluar lunch”, aku tanya lagi “So, macam mana? Bila saya boleh telefon semula”, jawab mamat tu jam 2 petang. Jam 2 petang yer aku tegaskan.

30 minit nak menunggu, laman web tersebut penting untuk aku siapkan segera, aku bekerja dengan orang. Jadi aku gunakan cara biasa untuk minta support, iaitu send email. Bila aku send ayat-ayat cinta dengan hosting seperti ini.

Bermulanya ayat-ayat cinta yang "lembut" dari aku.

Ayat di atas sangat manis kan? Tiada unsur-unsur melampau pun. Aku bertanyakan kenapa? Bila mana aku tidak puasa hati dengan jawapan dari panggilan tadi. Dalam beberapa minit 2 orang serentak membalas support, yang nie aku kagum dalam pada takde orang keluar lunch tu boleh pulak 2 orang balas email support serentak. Pelik tapi benar.

Ayat-ayat cinta berbalas manja

Selang seminit jer, tapi tak sampai seminit kot direply serentak. Mengikut kedua-dua orang diatas, bahawa polisi syarikat tidak membenarkan keluar dating lunch secara beramai-ramai. Kiranya ada ler orang akan ambil alih tugas support tak kira masa atau apa pun keadaan. Tapi apa yang aku kena bila buat panggilan ke HOTLINE yang dipaparkan secara jelas di laman web mereka ialah seperti ayat manja di atas, tiada orang bahagian support kerana keluar lunch. Apa kejadahnya kau bagitahu ada orang sedangkan mamat tu tadi cakap takde orang.

Ada rasa-rasa pahit skit ayat-ayat cinta nie...

Nak jugak tu betul, hamek…

Bila aku send attachment jelas nyata aku tak dapat nak akses ke laman web tersebut. Dalam masa yang sama diorg reply nak tahu “Merujuk dengan maklum balas anda, boleh anda berikan no talefon yang telah anda hubungi dan waktu melakukan panggilan untuk kami siasat perkara ini”. Dari ayat diorg tu mungkin aku salah faham sebab tengah serabut dengan coding. Aku siap dapatkan nombor telefon pejabat ni yang aku gunakan, syarikat nie ada 5 line dengan 3 line telekom dan 2 line menggunakan 014 dijadikan fixed line. Aku bagi ler nombor 014 yang aku gunakan untuk buat panggilan luar kerana itu polisi syarikat aku. Sebenarnya diorg nak tahu nombor HOTLINE mana yang aku dail untuk hubungi diorg sebenarnya.

Jelas tapi tak terang kot...

Nombor telefon HOTLINE ialah 03-20969121 yer kawan-kawan.

Banyak yer line hot korang...

Dekat laman web mereka dinyatakan hanya ada SATU jer line panas. Tanya lagi untuk apa? Dalam jam 2 lebih camtu diorg call aku dengan nombor 014 yang aku nyatakan. Mamat tu siap tanya tadi cakap dengan saya ker? Kerana tadi hanya mamat tu seorang jer yang cover bahagian support dengan big bos dia. Siap desak lagi tu betul ker tadi ada orang cakap support tiada dan mintak call balik jam 2. Woi…takde pekdahnya aku nak menipu, tak untung pun. Aku rasa mamat tu buat panggilan semula kepada aku dengan bersaksikan big bos depan mata kot? Boleh dengar bunyi sekeliling, macam on-kan loud speaker jer. Mana ler tau kan bos depan mata nak lepaskan diri.

Rakan sepejabat aku pun pelik tiba-tiba aku jadi marah-marah pulak bila bercakap di telefon. Lepas habis jer perbualan yang menyakitkan hati itu terus aku terangkan kat rakan sekerja aku. Mana tau diorg salah anggap ker, yeler aku jejaka kacak dan bersopan santun tidak mungkin seorang pemarah kan…hehe. Mana tak marah, boleh pulak mamat tu sound macam aku nie menipu. Dalam perbualan tu pun dia sempat tanya lagi line panas mana aku call? Aku jawab mudah jer, banyak ker line panas SKSA? Kat website korang tu ada SATU jer line panas.

Panas gila aku hari nie bila berurusan dengan diorang nie.

Entry panas tidak berakhir di sini, hari ini juga lewat petang tadi aku berhadapan dengan kepanasan lagi bila send support ticket kedua untuk masalah lain pula. Entry lain akan aku keluarkan untuk kepanasan tersebut.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

14 Responses

  1. dinsblog says:

    saya ada 3 hosting account dgn SKSA…so far tak de lak masalah…mungkin tengok timing kot…pada masa yg sama saya subs jugak oversea punya hosting untuk compare dgn local punya.

    • ejam says:

      mungkin belum masanya…
      saya merupakan kaki report tegar dihosting BUMIPUTRA tersebut…
      mereka jugalah hosting terlama pernah saya pakai…
      pakej mereka berubah pun lepas saya rekemenkan pakej saingan yang mampu memberikan lebih space pd harga yg lebih murah…
      adakah mereka igt? mungkin tidak kot…

      kalau ada hosting lain bagus juga, jgn terlalu berharap sangat pada satu hosting sahaja.

  2. oDiN says:

    aku rasa diorang tanya balik no hotline sebab nak confirmkan je ..
    mungkin mood ko tengah x baik kot .. huhu
    kesian orang yang jaga support ..
    .-= oDiN´s last blog ..Selamat Harijadi yang ke 22 =-.

    • ejam says:

      dalam support tu diorg tanya nombor HOTLINE, dalam call balik tu pun diorg tanya lagi nombor HOTLINE…
      rasanya kalau aku mood gembira ria bila ditanya soalan yang sepatutnya mereka ada jawapannya kompom sah aku tak waras…haha

  3. zik says:

    erm apa lah diaorang nie.. biekin panas je… sekali reply ,bukan sorang dua… macam ne diaorang buat kerja tuh..orang baru kot.. ntah la..
    .-= zik´s last blog ..Amukkan Belalang Juta: Mutasi, kemarahan kepada manusia atau lumrah alam? =-.

    • ejam says:

      yg reply tu SENIOR tu…
      memang selalu pun macam tu, satu kes bila banyak sangat masuk campur kompom kucar kacir jadinya…

      memang bikin panas…panas sangat-sangat…

  4. Anarm says:

    ko senggugut ke ape bro marah2? keh3.. sabor.. sabor.. support memang kadang2 camtu.. konon terbaik laa.. aku rasa yg keje bhgian support patut tapau je nasik makan dekat opis.. baru la takde jadi kes camni lagi.. 😛
    .-= Anarm´s last blog ..Manusia semakin malas membaca al-Quran =-.

    • ejam says:

      hampir2 gak ler…hehe
      memang aku sabar sgt2 pun, bila mamat tu call balik bleh plak cakap ada scam ker yg jwb panggilan aku tu nyatakan yg support keluar lunch…
      nampak sgt bodoh bila aku plak yg nk disalahkan semata-mata nk lepaskan diri…so-sial…

  5. seman says:

    bangejam marah suda.

    takut ai. hehe
    .-= seman´s last blog ..Karangan Melampau =-.

    • ejam says:

      jgn ler takut…ai marah mcm mana pun ai tetap makan nasi…hehe
      blom rasa nk makan org lagi…

  6. sabarkan ajela..
    .-= knightblogger´s last blog ..BlackBerry Storm or iPhone 3GS? =-.

  7. zafrul says:

    salam ejam, so far…. belum ada masalah ngan sksa ni.

    dia support kita dan kita support dia. umpama aur ngan tebing.

    dia pun… kalau tak tolong bangsa seagama sendiri nak support siapa lagi…

    kita pun kena fikir macam tu juga laa

    offside sikit-sikit (pinjam istilah bolesepak) halal lah.

    mencanangkan satu dunia pun tak berbaloi kut untuk sedara seislam kita.

    ada manusia yg tak ber”bin” bertepuk sorak!!!

    sksa!! awas anda sekarang ni lebih di perhatikan…

    salam kasih sayang

    • ejam says:

      yup betul, aku sokong diorg nie sykt bumiputera…tapi kalau dalam hal2 yg sepatutnya dia kena profesional dia harus profesional, jgn nk harap simpati dr bangsa sendiri jer…

      lepas dia pindah 1 lagi hosting yg aku jaga ke server baru pun sama jer kualitinya, takde perubahan langsung…makin teruk ada ler…

      sekarang pun segala projek personal aku semua aku dah bawa keluar dari sksa, aku taknak terus makan hati dengan servis mereka…

      kira bagus ler kau tak hadapi sebarang masalah dengan diorg, harap2 terus takkan bermasalah…
      bila dah hadapinya sendiri kau tau ler camner belang diorg…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *