Majalah Remaja Sempoi – MARS

MARS - Majalah Remaja Sempoi

Majalah Remaja Sempoi.

Pendekatan yang menarik untuk mendekati golongan muda yang cuba dibawakan oleh komuniti ILuvIslam.com ini cukup menarik. Berdakwah mengikut peredaran zaman dan menyelami minat dan pendekatan yang digunakan remaja masa kini adalah cara terbaik. Tahniah diucapkan kepada pihak ILuvIslam.com dan rakan kerjasama mereka FlareBiz Network atas karya dan hasil kerja yang cukup-cukup menarik ini.

Anda jangan lupa untuk muat turun E-Book PERCUMA ini. Sebar-sebarkan juga perkara ini kerana dengan cara itu juga kita berdakwah untuk agama kita Islam. Semoga majalah ini akan berkekalan dalam penghasilannya. Tahniah sekali lagi dari saya.

Muat Turun Secara Langganan.

Jom Langgan Majalah Remaja Sempoi


Anda perlu melanggan majalah ini, langganan percuma. Anda isi ruangan Nama Penuh dan Email yang aktif. Pastikan email tersebut aktif kerana anda perlu buat pengesahan langganan. Link muat turun akan disertakan ke email anda selepas kerja-kerja pengesahan langganan berjaya. Untuk keluaran seterusnya anda akan dapat makluman secara terus ke Inbox email anda untuk muat turun.

Edisi Pertama MARS

Selamat melanggan. Jangan lupa sebar-sebarkan.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

4 Responses

  1. syin says:

    flarebiz tu…hohoho…bila ntah iluvislam nk bekerjasama dgn aku plak…hehehe..
    .-= syin´s last blog ..01 April 2010 =-.

    • ejam says:

      aku suka produk yg melibatkan grafik dr team flarebiz nie, sgt2 kreatif dan menarik.
      apa projek kau nk buat dgn diorg? projek juta2 ok ler…hehe

  2. Salam / Mari teman berteman bersama saya..

    Bagusla Team Flarebiz setelah cipta system Niaga Kit sekarang berkerjasama dgn iluvislam dlm menyebarkan dakwahkan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *