Siri Ke-2 Hari Panas dengan SKSA

Aku bagi promosi khas untuk SKSA, pengguna nilaikan ler...

Ingat drama tv jer ker ada sambungan, entri di EjamOthman.com juga tak ketinggalan nak main sambung-sambungan nie.

Entri pertama boleh lihat di bawah jer entri nie, kalau susah-susah sangat klik jer link nie http://ejamothman.com/2010/04/aku-sangat-tension-dengan-sksa/ yang akan membawa anda ke pengalaman sebenar bila berurusan dengan SKSA nie.

Aku ingat kes down hosting tu jer buat aku panas. Panas hari yang sama khamis 29.04.2010 aku cuba untuk setelkan masalah yang sangat-sangat menyakitkan hati. Masalah dalam wordpress. Memandangkan wordpress aku di hosting ServerFreak tidak pula ada masalah ini, itu yang buat aku sangat-sangat tidak puas hati dengan hosting SKSA nie.

Bila masalah WordPress pula buat aku panas dengan SKSA

Masalah pada wordpress tu aku tidak pernah alaminya kat ServerFreak sedangkan kat SKSA nie sudah beberapa kali aku alaminya. Rasanya pernah aku buat report, tapi tiada penyelesaiannya. Kali nie aku report lagi dengan harapan adalah penyelesaiannya. Tapi aku kecewa sangat-sangat. Bayangkan dari lewat jam 4 petang aku send report dan berbalas-balasan hingga jam 5 petang, siap bagitahu lagi aku akan followup lagi report nie sejurus sampai rumah.

Faham ker tak soalan nie?

Aku rasa aku ada bagitahu masalah nak upgrade plugin tapi penyelesaian mereka tu menyuruh aku atasi masalah upgrade wordpress. Apa kes nie? Lain aku minta lain pula yang diberi. Aku jelaskan dengan terang rasanya. Tapi…

Segala maklumat login wordpress dan control panel yang aku nak mereka tengok sebagai contoh masalah serupa aku bagi dengan jelas. Jawapan mereka sangat best, boleh membuatkan aku rasa gembira ria di hari raya…

Harap ini dapat membantu.

“Harap ini dapat membantu.”

Aku cukup hangin dengan ayat di atas, tahap keyakinan diorg tu sangat-sangat tinggi. Sampai terasa muak aku dengan ayat tu. Masalah tak selesai pun. Aku cuba upgrade plugin, masih lagi kena masukkan maklumat ftp sedangkan tidak pernah pun dimintak pada wordpress di hosting ServerFreak. Kononnya walaupun masuk maklumat ftp mungkin boleh siap upgrade plugin tu tapi lepas hampir 30 minit masih lagi tiada apa-apa. Sah bantuan yang dinyatakan tidak dapat membantu mengatasi masalah yang aku hadapi.

Terima kasih jeler...

Baca ayat manis bermadah nie:-

“Merujuk dengan soalan anda, setting tersebut memang diminta oleh plugin dan wordpress anda dan sila rujuk semula pada pembekal script tersebut kerana kami hanya memberikan support untuk hosting dan domain manakala update plugin adalah diluar bidang / skop bantuan yang kami tawarkan.”

Oh macam tu yer…bagitahu ler awal-awal senang takyah aku nak beli hosting dengan kau. Setakat support separuh jalan jer. Yang aku pelik masalah nie hanya terjadi pada hosting SKSA jer, sedangkan hosting ServerFreak takde pun masalah serupa. Bukan salah aku tapi pasti ada sesuatu masalah pada setting server mereka.

Memang aku NEKAD lepas nie untuk TIDAK rekemenkan SKSA dengan sesiapa pun…sesiapa pun. Faham.

Kecewa giler aku dengan jawapan yang kurang profesional mereka nie. Dah macam SEPAKUHOSTING punya standard jer.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 Responses to “Siri Ke-2 Hari Panas dengan SKSA”

  1. 29/04/2010 at 11:01 pm #

    SKSA= Seksa

    ni 1st time aku dgr nama hosting ni, nampak sgt tak berkaliber, hosting blog ni ke bro?
    .-= Rjuna´s last blog ..Update status Twitter ke Facebook =-.

    • ejam
      29/04/2010 at 11:05 pm #

      hosting nie popular gak, byk klien diorg…iklan byk kat berita harian online..
      dari sanalah aku datang ke hosting diorg…
      diorg beroperasi di sini http://internet-webhosting.com/
      nasib baik bukan hosting blog nie, tu hosting sykt aku keje pakai..

      blog nie nampak tampan dan segak sebab guna ServerFreak…hehe

  2. 30/04/2010 at 3:37 am #

    hosting lain pn ade gak yg kene login ftp baru boleh upgrade bende2 kt WP.. kalau kita google, kes camtu nk kene tukar chmod kt folder2 tertentu dlm kita punye hosting.. tp kadang2 dah tukar chmod pon tetap sama gak, kene login ftp jugak.. jenuh la camtu.. nk upgrade je kene masuk2 password.. nk upgrade je kene masuk2 password..

    aku penah buat beberapa web utk client yg pakai hosting mcm ko nyatakan tu.. memang semua kene login http://ftp.. buang masa..
    .-= Anarm´s last blog ..Manusia semakin malas membaca al-Quran =-.

    • ejam
      30/04/2010 at 12:14 pm #

      nmpknya memang hosting tu bermasalah, asyik mintak login ke ftp jer…sedangkan ServerFreak tak pun kena camtu…

      SKSA pakai fantastico, rasanya fantastico diorg ada prob kot..
      ServerFreak pakai softaculous…lg ler semi-auto plak tu kalau nak install script..

  3. 30/04/2010 at 10:01 am #

    aku bukan nak sebelah pada sesapa. tapi ini dari pengetahuan aku. Aku sendiri tak tau apa masalah bila nak upgrade wp or plugin tu dia mintak FTP. ada certain blog aku dia mintak gak, tp tak selalu. mungkin punca dari add on domain sebab KEMUNGKINAN wp check root akaun FTP hosting tp addon domain bukan dekat root. MUNGKIN la. aku pon tak pasti.

    lagi satu, ada betul jugak cakap dia. dia tak dapat bagi support untuk wordpress sebab bukan produk dia. mungkin ko boleh google masalah ni atau ko hantar email support kepada wordpress.
    .-= mrkay´s last blog ..Vote untuk penyertaan popular – Tulis Dan Menang =-.

    • ejam
      30/04/2010 at 12:18 pm #

      memang diorg tak bleh bg support pasal wordpress, tapi diorg boleh cek masalah yang ada pada fantastico atau server diorg tu…
      wordpress tu diinstall guna fantastico, sepatutnya default setting akan digunakan, nie tidak, chmod utk folder yg sepatutnya boleh edit jd tak bleh edit…pelik…camner default setting diorg berbeza dgn sepatutnya…

  4. 02/05/2010 at 9:17 am #

    tag ko penuh dgn ayat2 gembira di hari raya.

    cayalah bangejam
    .-= seman´s last blog ..Karangan Melampau =-.

    • ejam
      02/05/2010 at 8:42 pm #

      ayat-ayat berbunga dari aku ketika marah memang camtu, harum jer baunya…haha

Leave a Comment

CommentLuv badge