Slot Akasia: Adamaya

Slot Akasia: Adamaya

Rancangan baru ini menggantikan drama Na O Mei yang telah tamat siarannya Isnin (05.04.10) yang lalu. Slot ini digantikan dengan drama yang agak menarik dan jalan cerita yang agak bersahaja. Pelakonnya sangat pandai menjiwai watak, terasa seperti drama tanpa skrip. Mungkin masih awal untuk memuji, namun aku yakin drama ini mampu menarik minat aku tekun menonton di depan tv setiap petang.

Baru sebentar tadi aku tengok drama ini semula di laman web tv3 namun aku sangat menyampah dengan kehadiran iklan ayam berkokok yang melampau dan tidak seharusnya ada. Kalau yer pun nak dapat pulangan agak-agaklah tempek iklan tu. Timbul juga persoalan, siapa yang bagi idea buat iklan memekak tu kepada KFC? Sungguh tidak berakal yang memberi idea dan meluluskan iklan seperti itu. Sekarang iklan ayam berkokok tu sedang berleluasa menguasai tempat di laman web yang menyiarkan iklan tersebut. Sungguh menyakitkan hati kerana iklan tu auto-play.

Iklan Ayam KFC yang berkokok

Ayam berkokok tak kira tempat, memekak sungguh.

Bukan aku sahaja yang menyampah dengan iklan tu...

So..pesanan kepada penyedia iklan silalah berfikir dengan waras sebelum membuat iklan kerana iklan anda bukan untuk tarik makian orang tapi tarik perhatian orang iaitu bakal pelanggan anda. Ada faham?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 Responses to “Slot Akasia: Adamaya”

  1. 07/04/2010 at 9:49 pm #

    haha.. iklan ni memang anoyying.. pape pun, lisa surihani hot !!

    http://belogbagus.blogspot.com/
    .-= shafiq08´s last blog ..Oh ! Jessica Michibata =-.

    • ejam
      08/04/2010 at 11:55 am #

      yup…suka sgt watak lisa tu…nmpk kiut dan comel dgn suara hasky dia tu…

  2. 07/04/2010 at 10:11 pm #

    Hohohoho..
    aku pun penah kena iklan ayam berkokok masa baca suratkabau online..
    ingatkan ayam kat umah ni yg berkokok
    .-= zool´s last blog ..Beli lcd monitor =-.

    • ejam
      08/04/2010 at 11:56 am #

      nasib baik kau baca kat umah, kalau kat opis tak ker kena gelak secara berjemaah jawabnya…hehe

  3. 07/04/2010 at 10:46 pm #

    hahahahaha ayam berkokok pun annoying jugak :P
    .-= blowie´s last blog ..16 alasan mengapa lelaki menyayangi wanita =-.

    • ejam
      08/04/2010 at 9:33 am #

      sangat sangat annoying…

  4. 07/04/2010 at 11:10 pm #

    salam… blog walking… iklan camtu sakit jg telinga…. :)
    .-= penahatiku83´s last blog ..One of My Love – My Sufi =-.

    • ejam
      08/04/2010 at 9:34 am #

      sakit telinga sakit juga hati…hehe

  5. 08/04/2010 at 10:53 pm #

    Petang memang aku akan miss cerita ni lah kan.Tapi drama ni memang aku kena tengok lah sebab ada Lisa. :) Layan dekat web tv3 pun ok
    .-= Loq´s last blog ..Trailer Filem Hooperz =-.

    • ejam
      09/04/2010 at 3:13 pm #

      rugi tu tak tgk lisa beraksi manja…tgk kat website tv3 pun ok dah janji tgk kan…hehe
      budak2 bwh umur jgn lebih2 tau…tak elok utk kesihatan…

  6. 11/04/2010 at 3:16 pm #

    hurm mungkin kfc dah bayar sekali dalam pakage dia…hurm tapi memang mengacau tul….
    .-= zik´s last blog ..Negeri 9 menjulang piala FA Malaysia! =-.

    • ejam
      11/04/2010 at 9:42 pm #

      tuler, iklan ayam berkokok tu pakej diorg kot…
      yg pasti amat2 menyakitkan hati…

  7. 17/04/2010 at 8:54 pm #

    aku duk layan jiwang la sekarang..jatuh cinta habis dengan citer ADAMAYA tv3..biarlah org nak gelakkan ke..nak kutuk ke..memang tangkap lentok ar tengok citer tu…rasanya tak sanggup nak miss satu episod pun.. lepas tengok citer tu.. happy semacam je… isyyy…suka laaaa..tahniah pada sein dan lisa.. gabungan yg mantap pada hati dan mata ku… suka watak Sein yg matured dan cool aje all the time..lisa surihani pulak cute dan jinak2 merpati gituuuu…aku kurang suka tengok i’m not single..aku suka gaya Sein yg matured dalam cerita ADAMAYA tu..menyentuh jiwa aku..

    • ejam
      19/04/2010 at 10:46 am #

      bagus, anda tetapkan pendirian tu…mmg bagus cara SEIN tekel problem dgn wife dia yg kiut tu, LISA jgn ler marah2 abg SEIN tu, tak elok derhaka pada suami tau…hehe

Leave a Comment

CommentLuv badge