Sudah 3 pun masih tidak CUKUP lagi ker?

Tiga pun tak cukup yer...

Apa nak jadi nie, kalau satu (1) baru nak masuk dua (2) tu ok lagi ler kot. Ini sudah ada tiga (3) pun nak juga tambah sampai empat (4). Kalau dah jenis tak tau cukup tu memang begini ler kesudahannya.

dah jelas nyata sudah 3...

Bukan sikit, bukan 1 atau 2 tapi sudah ada 3 dah pun, tapi masih juga rasa tidak cukup-cukup. Tidak reti bersyukur agaknya. Apa yang tidak puas hati pun tak tahu ler. Cubalah bawa-bawa bertenang.

tahu ler awak tu panjang...

Aku tahu kau miliki aset yang PANJANG yang membolehkan kau berasa bangga dan rasa hebat. Tapi harus diingat setiap apa yang engkau miliki tidak akan tahan lama, itu semua hanyalah pinjaman semata.

susuk tubuh keemasan dan mantap...

Lihatlah pilihan keempat (4) yang digila-gilakannya tu. Dengan susuk tubuh tinggi lampai, dengan bersalutkan pakaian kelihatan mewah dihiasi perhiasan keemasan yang belum pasti tulennya. Memandang dan menilai hanya dari luaran sahaja.

Extra?

Lihat tu, sebab dia punya kelebihan yang EXTRA yang tidak ada pada yang lain itukah yang menjadi punca dia menjadi pilihan? Sungguh pantas kau berubah hati hanya kerana sesuatu yang tidak pasti.

dah bersiap?

Kau memang degil, puas sudah aku bebelkan, tapi kau tetap berdegil ingin meneruskan. Itu pilihan yang kau buat, aku sokong mana yang mampu untuk aku dokong, selebihnya kau yang akan hadapinya sepanjang hayat hingga hujung nyawa.

dua-dua sama gelojoh...

Gelojoh betul korang berdua nie, bawak-bawaklah bersabar kalau yer pun nak disatukan.

bersatu jua akhirnya...

Dengan bantuan Pak Azon akhirnya korang dapat disatukan, hadapilah semuanya yang selama ini sangat-sangat tidak sabar dinantikan bersama yer. Semoga selepas disatukan korang tidak akan menyesal.

penyatuan yang dinantikan...

Seri wajah naik selepas disatukan, gembira dan suka yang tidak terhinggalah katakan..

tahniah...

Tahniah, semoga kekal hingga hujung nyawa, dari 3 kini sudah cukup 4.

apa yang terpacak tu...

Kot yer pun tak sabar-sabar tunggu ler gelap sikit. Tengah cerah terang benderang nie pun boleh terpacak yer…gelojoh sungguh.

Sekian, sesi nasihat menasihati dari aku kepada kau. Aku dah cakap apa yang sepatutnya. Kau berdegil, tetap dengan pendirian kau terserahlah.

Tamat.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

10 Responses

  1. syahirul says:

    ni cara2 nak buat air eh? hahaha.. siap bg tuto… mmg tak cukup pon 3 in 1 tuh.. aku suka tambah susu pekat 😛
    .-= syahirul´s last blog ..Senarai nama-nama anak dalam Islam =-.

    • ejam says:

      yup tambah extra susu baru best skit, krimer yg sedia ada tak best…
      tapi susu nie siap campur dgn tongkat ali n ginseng lagi, bleh mix dengan air lain, teh tarik tongkat ali, bandung tongkat ali…haha
      mau pening2 lalat dibuatnya…

  2. x-po says:

    hehe baik guna yg manual py, xsdp guna 3 in 1..xda ummpphh org ckp

    • ejam says:

      benar tu, bila buat sendiri bleh ejas lagi nk brape banyak dalam 1 kan…
      3+1 adalah utk org yg kurang rajin mcm aku jer…hehe

  3. keh3.. siap buat tutorial lg.. bagus2 🙂
    .-= Zon Artis staff´s last blog ..Ajai terima kelahiran cahaya mata =-.

    • ejam says:

      anak dara skrg nie tau 3 dlm 1 jer, nnt nk berumah tangga nk kena cari tutorial bancuh minuman gak kot…hehe

  4. zik says:

    erm sekarang nie ada tambah lagi… 5 in 1… agak2 apa dia??
    .-= zik´s last blog ..Minggu final exam! =-.

  5. Kreuger says:

    pa yang terpacak tu? hahaha… jauh sangat kot… keris mesti ada sarungnya.
    .-= Kreuger´s last blog ..TMNet – Kabel bawah tanah terputus lagi ke? =-.

  6. Aduh bikin gempak ajer ni, ingatkan dari 3 anak tak cukup nak tambah lagi satu..haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *