Popular dengan NiagaKit nanti akan muncul pula MiniNiaga

NiagaKit.com

Niagakit Produk Flarebiz

Team Flarebiz yang terkenal dengan produk mereka Niagakit bakal muncul dengan produk baru. Malam tadi ketika sedang buat jalan-jalan cyber aku temui petunjuk akan produk baru mereka yang akan muncul di pasaran nanti.

Ada beberapa perkara yang aku boleh kaitkan dengan nama produk terbaru mereka “MiniNiaga” ini, iaitu:-

  • MiniNiaga itu sendiri membawa makna mini, kemungkinan besar untuk pengusaha atau mereka-mereka yang baru ada satu produk sahaja untuk dipasarkan melalui medium online.
  • MiniNiaga juga mungkin membawa makna pakej lebih murah berbanding pakej Niagakit yang mungkin agak mahal bagi orang yang baru mahu berjinak-jinak dengan dunia pemasaran produk online.
  • MiniNiaga juga mungkin boleh digunakan untuk menjual produk digital yang berkonsepkan jualan E-Book yang mana kerja-kerja belakang tabir pengurusan pesanan dan tempahan akan lebih tersusun dan memudahkan, dapat mengurangkan rungutan lewat sampai E-Book yang telah dibeli.
  • MiniNiaga mungkin juga dalam bentuk paparan News Letter macam kebiasaan digunakan oleh Mini Sites iaitu kena scroll dari atas sampai bawah untuk dapatkan penerangan dan info lanjut.
  • MiniNiaga juga mungkin lebih ringan untuk diakses dan loading mungkin makan masa yang lebih singkat.
  • MiniNiaga mungkin juga dijadikan lebih mudah untuk di edit agar dapat disusun seperti Mini Sites.

Aku rasa itu saja beberapa kemungkinan yang aku dapat fikirkan untuk produk terbaru mereka itu. Sama-samalah kita nantikan kemunculan sebenar produk tersebut. Jangan lupa support produk hasil anak tempatan. Semoga sukses team Flarebiz.

*ini semua spekulasi yang aku fikir berdasarkan dari penemuan domain MiniNiaga.com tersebut.

**berdasarkan entry di MajalahIM.com mungkin MiniNiaga ini “Harga untuk sistem ini adalah sekitar RM150 sahaja apabila official launch nanti“.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

18 Responses to “Popular dengan NiagaKit nanti akan muncul pula MiniNiaga”

  1. 04/05/2010 at 6:45 pm #

    rm150 je ek? cam berminat la plak aku..hehe
    .-= x-po´s last blog ..PATUTKAH ADA MAAF UNTUK KALI KEDUA? =-.

    • ejam
      04/05/2010 at 6:56 pm #

      tuler, kalau benar seperti yg aku spekulasikan maka memang akan jd goreng pisang panas produk nie nanti…
      dan lebih mudah ler utk org ramai memiliki laman web perniagaan sendiri…

      tunggu produk nie dilancarkan secara rasminya…

  2. 06/05/2010 at 3:19 am #

    150 je? aku nak laa.. huhu
    .-= Anarm´s last blog ..Pasang Button Facebook Like di Blog =-.

    • ejam
      06/05/2010 at 10:53 am #

      sama-samalah kita doakan agar spekulasi ini menjadi benar…

  3. 06/05/2010 at 11:54 am #

    wah…dapat skop berita hangat ni
    belum keluar kat pasaran
    .-= Kujie´s last blog ..Jangan Ikut Cara Ariff Shah =-.

    • ejam
      06/05/2010 at 12:02 pm #

      dah agak lama jugak saya buat siasatan nie selepas terbaca sesuatu di fb niagakit,
      kebetulan saya diberikan petunjuk dari blog tertentu tentang isu yang kebetulan berkaitan…
      bila dibuat siasatan menyeluruh maka tersenarailah spekulasi yg dpt saya buat…

      bukan bila kereta baru nk keluar jer org akan kejar2 spekulasinya tapi produk menarik camni pun bleh jd modal gak…hehe

      saya dah bertemu dgn team flarebiz nie, mereka memang hebat, saya kagum dengan hasil kerja mereka…

  4. 06/05/2010 at 12:11 pm #

    hebat betoi kan niagakit ni..
    .-= Hidier´s last blog ..Arkib : The Power of Asking =-.

    • ejam
      06/05/2010 at 12:13 pm #

      yup memang hebat, saya juga pengguna niagakit…
      semoga mininiaga nanti juga seiring kehebatannya…dan mungkin saya juga bakal terbeli produk tersebut…

  5. 06/05/2010 at 1:59 pm #

    erm murah.. rm150.. dah cukup murah … dengan bantuan teknologi yang lebih efektif …berbaloi..
    .-= zik´s last blog ..Cara nak lebatkan rambut. =-.

    • ejam
      06/05/2010 at 2:00 pm #

      berbaloi-baloi kan…

  6. 06/05/2010 at 7:00 pm #

    Wah, banyak spekulasi tu dan apa yang boleh saya katakan banyak dah yang betul tu. Tunggu sehari dua lagi kami akan mencari 25 orang untuk menjadi beta tester. :)
    .-= Labanon´s last blog ..Hai Mei & Produk Terbaru Kami? =-.

    • ejam
      06/05/2010 at 7:52 pm #

      Alhamdulillah…tekaan hampir tepat…
      jangan lupa maklumkan pada saya juga bila dh mula mencari beta tester…
      ada produk “mini” juga utk saya promosikan diinternet…
      jika MiniNiaga nie sesuai dan menepati penggunaan maka tidak syak lagi saya akan cuba hasut tuan punya produk tersebut utk menggunakan MiniNiaga nie…

  7. 06/05/2010 at 8:31 pm #

    salam, memang sangat menarik tapi laptop saya tak boleh sokong sebab tak ada musang berapi.
    .-= asmaria´s last blog ..Anak ibarat kain putih, ibu bapa lah yang mencorakkannya =-.

    • ejam
      06/05/2010 at 8:36 pm #

      ada hubungkait ker?
      kalau takde boleh install kan, mudah, cepat dan yg pasti percuma…

  8. 07/05/2010 at 5:14 pm #

    hoho..memang berminat dengan mininiaga nih..
    .-= knightblogger´s last blog ..BlackBerry Storm or iPhone 3GS? =-.

    • ejam
      08/05/2010 at 8:46 pm #

      beta tester telah dibuka, apa lagi apply ler…ambil peluang dan ruang nie segera…

  9. 08/05/2010 at 10:17 pm #

    saya tak sabar nak tengok salesletter dia. tunggu launch la. Tester beta rasa2nya dah cukup korum :p

Leave a Comment

CommentLuv badge