Alasan Sistem Tak Pick-Up Lagi, LEMBAB Juga Sistem TM.

TM = Terlalu Menyusahkan

Semalam 21.06.2010 aku balik dari kerja jam 6 petang, aku tengok bil TM dah sampai. Macam biasa waktu minta duit TIDAK PERNAH lewat tapi urusan yang kita mahu mereka segerakan yang itulah di lewat-lewatkan dengan macam-macam alasan kurang bijak mereka. Mangsa yang dipersalahkan oleh mereka ialah Encik SISTEM. Nampak sangat sistem mereka menyusahkan pengguna dan kakitangan mereka. Baik pakai manual salin dan rekod dalam buku latihan sekolah jer sebab sistem canggih pun menyusahkan.

Bukti janji manis TM

Pada 30 April 2010 aku dah pergi TM Point Gajah Berang, macam biasa tu jeler tempat aku nak bermanja-manja dengan TM nie. TM Point Cheng hampeh sangat, banyak benda tak boleh buat. Tujuan aku pergi sebab nak tahu kenapa ada pakej RM28 dalam bil telefon rumah aku. Seingat aku waktu mula-mula nak aktifkan semula talian telefon rumah aku dengan jelas bagitahu HANYA untuk STREAMYX sahaja dan disebabkan itulah aku langgan Streamyx Combo RM60 sahaja.

Bil bulan Feb 2010 merupakan bil pertama, tidak dinyatakan secara jelas akan pakej RM28 tu. Bila dapat bil Mac 2010 baru nampak kewujudan pakej RM28 tu. Terkejut ler aku, kerana suatu pembaziran untuk aku bayar sesuatu yang tetap sedangkan aku tak gunakan sebanyak itu pun setiap bulan. Bulan April 2010 aku pergilah buat pembatalan pakej tersebut, 30 April yer. Staf TM maklumkan yang memandangkan aku buat pembatalan tu hujung bulan maka kemungkinan besar atau dengan yakinnya memang akan masuk ke bil Mei 2010 pakej RM28 tu lagi. Itu secara logiknya aku boleh terima, bila dia cakap mulai Jun 2010 nanti pakej tu takde dah ler dalam bil bulanan aku. Ok aku percaya janji manis TM kerana mereka dah beri bukti bahawa telah masuk dalam sistem.

Janji tinggal janji sahaja, macam biasa selalu TM buat..

Tengok gambar di atas, bil bulan Jun 2010 ada lagi pakej RM28 tu. Tanpa segan silu sistem mereka cetak bil tu dengan tiada rasa serba salah pun. Jam 9.15 pagi tadi aku pergilah TM Point Gajah Berang tu semula di mana tempat janji-janji manis TM ditaburkan. Cik Nane (Team Leader) kaunter 8 panggil nombor cabutan bertuah aku, bukan untuk dapat hadiah yer tapi untuk aku mengadu. Cakap sedikit, aku bagi bukti janji TM, dia cek dalam sistem. Selepas cek sistem dia terus senyap, tolak dan sorong tetikus, klik klik, taip taip tekan enter, taip lagi, drama nie berjalan dalam 5 minit juga ler. Aku rasa waktu tu aku masih lagi manusia bernyawa, tapi Cik Nane nie buat aku macam patung jer. Haram sepatah pun tak diterangkan apa masalahnya. Kot iyer pun tengah menaip repot susah ker nak maklumkan kat aku yang dia sedang berbuat demikian. Paling tidak maklumkan untuk aku beri dia ruang buat apa yang patut, ini tidak.

Janji manis lagi...tunggu jeler...

Siap jer cetak salinan nombor aduan baru dia bagitahu, “saya dah buat aduan berkaitan kes nie, sistem kami tak pick-up permohonan downgrade encik”, oh tidak, dia nampak aku nie sebagai manusia akhirnya. Hampir-hampir aku menjadi maskot TM, tapi tak nak ler, rekod TM sangat buruk, maskot pun rasa hina jer.

Aku maklumkan kat Cik Nane, rasanya kalau saya tak follow-up balik semula nie sampai ke hujung tahun tak kan pick-up lagi sistem mereka nie agaknya. Dia maklumkan aku akan dapat REBET 3 bulan kerana dengan YAKIN dia maklumkan JULY nanti pun aku akan terima bil dengan tercatit nilai pakej RM28 tu. Terserlah lembab sungguh sistem mereka.

Entah bilalah nak nampak perubahan nie, kami sebagai pengguna perlukan pesaing TM agar mereka akan lebih produktif selepas bersaing.

Sekian,

Yang kecewa dengan janji TM.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

21 Responses to “Alasan Sistem Tak Pick-Up Lagi, LEMBAB Juga Sistem TM.”

  1. 22/06/2010 at 2:01 pm #

    kes TM lagi?

    macam dah tak ada apa lagi nak komen, itu saja..hehe
    Kujie´s last [type] ..Hellioz – Entri Ini Untuk Kamu

    • ejam
      22/06/2010 at 4:34 pm #

      tuler, dh mcm bosan jer nk ngadap staff TM setiap kali prob timbul, tak bleh ker diorg plak ngadap kita bila prob…mcm mustahil jer…

  2. 22/06/2010 at 2:08 pm #

    TM.. biasalah.. tu je yg boleh aku cakap. huhu..

    • ejam
      22/06/2010 at 4:36 pm #

      dan macam biasa jugak ler TM Terus Menyusahkan…

  3. 22/06/2010 at 11:36 pm #

    betulla tu. aku nak terminate pun dia downgrade.. nasib kenal staff tm.. emergency bleh mintak tolong dia check kan.. hehe
    eiman´s last [type] ..Khalisah Sudah Pandai Makan Sendiri

    • ejam
      23/06/2010 at 11:40 am #

      lain disuruh lain yg dibuat…tu cogan kata terbaru diorg…haha

  4. 23/06/2010 at 3:38 am #

    memang kadang2 pening berurusan dgn TM ni..masa duk umah sewa ms belajar kat upsi dulu, mmg leceh btl duk berurusan dgn diorg

    • ejam
      23/06/2010 at 11:52 am #

      TM = Terus Memeningkan

      • 24/06/2010 at 2:50 pm #

        hahaha pandai je dia bg perumpamaan yea :)

  5. 23/06/2010 at 2:36 pm #

    kalau nak lawan tengok bil boleh jugak.. aku nyer bil sentiasa zero aje.. hehe.. aku bayar sebelum bil dicetak. bila aku terminate ada terlebih bayar plak..
    eiman´s last [type] ..Khalisah Sudah Pandai Makan Sendiri

    • ejam
      23/06/2010 at 4:11 pm #

      peh…sungguh pantas kau…
      bg ler peluang kat sistem diorg yg lembab tu buat keje, nie xsempat nk print bil kau dh byr…hehe

  6. 24/06/2010 at 2:52 pm #

    syukur akak pnya kes dgn TM dah setel. now proses nk claim rebate pulak. tp yg ejam pnya tu xde alasan utk diorg kata sistem tak pick up..aiyoyo…

    mcm akak klu tak serbu ke tmpoint smpai skrg masih pending..geram, but now ok dh sikit..ehe blh tenet sampai lebam :)
    yanmie´s last [type] ..Myfaheem.com ada SUPRISE sempena HARI BAPA

    • ejam
      24/06/2010 at 2:57 pm #

      kalau sy tak serbu juga tm point mcm yg sy dh lakukan tu memang terperap jeler dlm sistem diorg yg tak pick-up tu…

      tahniah ler akak sudah kembali ceria dgn tm walaupun…hehe

  7. 27/06/2010 at 7:38 am #

    Jenuh kalau kena camni.

    Staf tu kaget tak tau nak buat ape kut. Tu yang senyap je memula.

  8. 01/07/2010 at 1:11 am #

    aku dah lama givap nak call depa hehe :)
    KNizam´s last [type] ..Talian Elektrik di Transmission Tower ni Akan Menghilang Dengan Effect LOMO iPhone 3Gs -

    • ejam
      05/07/2010 at 10:48 am #

      aku pun hanya call jika masalah streamyx di rumah, selain dari itu aku suka bersemuka…

  9. 03/07/2010 at 2:24 pm #

    Benda macam ni belum pernah terjadi kat diri sendiri.Hope sangat takda masalah dengan TM
    Loq´s last [type] ..10 Taktik Pikat Pelanggan

    • ejam
      05/07/2010 at 10:55 am #

      jadikan apa yg kau baca sbg pengetahuan umum, nnt bila ada masalah serupa kau tahu camner nak setelkan…

  10. 04/07/2010 at 12:22 pm #

    crap la… monopoli kaw kaw.. biasa la.
    upgrade yang sana… yang kat sini dilupekan.
    yang kejar tak dapat… yang di kendong tercicir pon tak pe..
    Kreuger´s last [type] ..Tilt-Shift – Seni manipulasi imej miniature

    • ejam
      05/07/2010 at 10:57 am #

      ntah bila nak berubah agaknya mereka2 nie…
      monopoli yg diberikan bukan utk disalahguna, sebaliknya diguna sebaik-baiknya…

Trackbacks/Pingbacks

  1. Notis Pemberitahuan: Penutupan jalan-jalan utama di Kuala Lumpur | AzmanIshak.Com - 25/06/2010

    [...] bersejarah. Nak menghadiri majlis Hari Keluarga anjuran Hospital Cik Adik saya. Mungkin jumpa Ejam Othman dan isteri kalau ade rezeki, insyaallah… Masak sedap-sedap taw. Haha~ Anda mungkin [...]

Leave a Comment

CommentLuv badge