Tarikh hari ini, 10.06.2010 genaplah sudah 6 tahun mak telah meninggalkan kami. Saat-saat pemergiannya masih lagi segar dalam ingatku ini. Renungan mata terakhirnya cukup kuat lagi dalam ingatan ini. Pagi tadi sedar dari lena tidur, beberapa sms dari adik-beradikku yang lain mengingatkan perkara ini. Tanpa peringatan dari mereka pun aku memang dah menyedarinya lebih awal akan kehadiran tarikh ini.
Selama 6 tahun ini banyak perkara yang aku harapkan mak dapat bersama namun apakan daya itulah takdir-Nya. Antara perkara-perkara yang mak tidak dapat bersama seperti berikut:-
1. Menantu pertama iaitu kakak iparku tidak pernah dapat bertentang mata, cucu pertamanya iaitu anak kakak ipar dan abangku juga tidak dapat ditimangnya. Kalau dapat kompom sekejap jer mak akan dokong cucunya itu, mana tak nyer berat betul…haha.
2. Menantu kedua mek dari pantai timur, menantu kedua tu isteri aku ler Norsaritanaini. Yang nie kes nyer agak unik kalau mak dapat jumpa, camner ler nak sebut nama menantu dia nie berbelit lidah. Senang panggil Nor jer dan yang pasti akan disalah dengar bila adik bongsu aku pun akan jawab skali kot kalau dipanggil nor jer…hehe. Mak juga terlepas peluang nak pergi shopping kat Rantau Panjang, yang nie mesti best kalau mak ada, seronok shopping kan mak. Kalau mak ada dapat ler merasa masakan menantu mek pantai timur nie, dia masak sedap tau mak. Yang pasti masakan pedas akan rasa pedas takde manis-manis sangat kerana dia tak suka manis…sedap mak dia masak, anak mak nie pun boleh naik berat badan kalau makan masakan menantu kedua nie.
3. Menantu ketiga dari Pahang, adik lelaki aku nombor 4 nie langkah bendul abang dia nombor 3 yang tunang dulu tapi dia plak jalan dulu nikahnya, khabarnya orang rumah dia iaitu menantu ketiga mak aku nie dah berbadan dua. Kalau mak ada lagi dah kena get ready ler nak timang cucu kedua plak lepas nie.
4. Bulan 11 nanti kalau mak ada lagi dapatlah tengok 2 orang lagi anaknya nikah dan naik pelamin. Mak tahu tak Anip dan dek Anie pun dah nak kawen. Dua-dua tu senang jer ceritanya. Anip dengan anak Pakyah selang 3 pintu jer, dek Anie pulak depan rumah jer umah bakal kakak ipar dia. Senang kan kalau mak ada. Abah pun senang ler nanti kerana tak perlu nak drive jauh-jauh macam 3 menantu yang lain…hehe.
Ok ler, cukuplah aku mengarut andai mak ada lagi. Semoga roh mak ditempatkan di dalam golongan orang-orang beriman. Doa kami buat mak tidak pernah dilupakan. Pesanan kepada mereka yang ada mak lagi dan sering cari pasal, segeralah berubah kerana jika rakan gaduh itu sudah tiada baru ler tahu macam mana rasanya.
Rasa taknak bercerita banyak lagi cukup dengan catatan ringkas ini sebagai tanda ingatan buat aku juga.






setiap yang hidup pasti akan menemui Penciptanya…bezanya cuma cepat atau lambat…kita yang hidup ni kena redhakan pemergian yang dah tiada…moga dia aman dan tenang di sana…mungkin itu yang lebih baik untuknya…
p/s: agak ralat jugak sbb tak berpeluang nak bersua muka dgn mak mertua…tp syukur dengan apa yg ada sekarang…
norsaritanaini´s last [type] ..Semangat Yang Hilang…
mak mertua yg skrg nie ok tak? haha
hehehe…no komen…kalo anaknya rasa ok…menantunya pun ok je…
norsaritanaini´s last [type] ..Semangat Yang Hilang…
Semoga arwah ditempatkan bersama mereka2 yg solehah. Ko buat aku rindu kat mak aku..hari ni aku akan balik kampung. Yeah!
catzer´s last [type] ..Yang Samar Sukar Dibaca
hati2 yer balik kampung tu, ingat org tersayang sedang menunggu di rumah…