
AXE Semburan Deodoran Baru Kini Di Malaysia
Percubaan pertama untuk aku buat ulasan berkaitan iklan yang disiarkan di TV Malaysia. Memandangkan sebelum ini aku suka cakap belakang tentang iklan-iklan ini semua, apalah gunanya kan. Lebih baik aku kongsikan bersama ulasan tersebut. Yang pasti ulasan ini tidak berbayar dan aku ulas mengikut kreativiti otak aku ler…haha.
Mangsa pertama, iklan Semburan Deodoran AXE yang kini sudah masuk pasaran Malaysia. Dari mana asalnya tidak pula diketahui, aku tidak sempat nak buat research lagi.
Saksikan video iklan di atas untuk mengetahui cerita sebenar iklan deodoran ini.
Ulasan aku akan diselang-selikan dengan gambar yang aku rekodkan dari iklan tersebut. Dengan gambar barulah penerangan itu jelas dan terang untuk disampaikan. Aku faham, yang membaca pun faham juga. Sama-samalah kita memahami antara satu sama lain.

Iklan dengan pelakon Indonesia
Iklan produk untuk pasaran Malaysia, apalah salahnya pakai pelakon atau orang Malaysia. Ini tidak, pakai pelakon Indonesia. Pastu nanti bising ler “pejuang-pejuang” industri kononnya banyak sangat unsur-unsur dari seberang masuk Malaysia sedangkan dengan jelas dilepaskan tanpa syarat unsur-unsur luar masuk. Jangan ingat unsur-unsur dalam muzik, drama dan filem sahaja tapi iklan kalau banyak unsur dari seberang sama juga hasilnya. Cakap tak serupa bikin, inilah hasilnya.

Awek cun pun tergoda tau dengan bau ketiak yang harum
Tengok tu, ketap-ketap bibir lagi tau sebab geram sangat kot dengan mamat hensem tu. Cuba korang tengok betapa kuatnya kuasa ketiak yang harum baunya. So apa tunggu lagi, pastikan ketiak korang semua tidak berbau lagi. Bawak semburan deodoran ini kemana jua, simpan dalam poket buat macam keperluan harian yang lain, kalau susah-susah gantung jer kat leher…hehe.

Tak payah susahkan diri minta, dia bagi dengan rela
Tengok tu, nombor telefon diberikan tanpa diminta. Kuasa ketiak harum telah meninggalkan kesan yang sangat hebat. Tapi aku pelik gak, tu sandwich apa ek? Sayur jer keseluruhannya. Ah aku peduli apa, dah yang dikatakan iklan kompom banyak yang tak logiknya dari logik, janji barang habis terjual.

Muka happy kan dapat nombor telefon awek cun
Tengok tu, senyum sampai ke telinga. Awek cun dah dapat dengan bermodalkan ketiak harum jer…haha.

Jangan lupa call yer
Jangan lupa call yer. Wow awek cun camni tak kan ler nak lepaskan. Tips ke henseman yang patut diambil iktibar di sini ialah, pastikan ketiak anda sentiasa harum semerbak kerana anda tidak akan menduga hasilnya amatlah berbaloi-baloi…haha
Sekian, cubaan pertama ulasan iklan dari Ejam.






cube try call :p
tak nak…nnt dia hantar sms “Tahniah no sim kad anda telah terpilih utk memenangi wang tunai 10 juta rupiah, sila telepon no ini”…hahaha…
selama ini x paham apa itu AXE…
bila bac aentry nie..baru faham.rupanya pewangi ketiak lelaki.
leh la beli tuk suami..mesti nak call suami selalu…hik3…….
tp awas….kalu ada wanita lain yg cuba bg no phone kat suami sumi….
kerat 14 karang…muahahaha
takut kes sebaliknya tu…hehe
saya pun nk beli gak ler AXE ini utk menambah keyakinan diri…
takde niat nak nakal2, sy syg isteri sy lagi…cuma nak lebih yakin jer…hahaha…alasan tak bleh pakai…
“sy syg isteri sy lg”…lagi? ada tempoh ke b sayang syg ni???mushkil nih…
elok gak b beli….hehe…
norsaritanaini´s last [type] ..Semangat Yang Hilang…
wahh. trik baru nih..leh cuba nih..
titan´s last [type] ..Pengalaman Titan bercuti di Johor
teknik ini dinamakan teknik ketiak harum…haha
ekceli aku rs iklan ni cam cool jgk… psl sandwich tu, itu vegi punya. selalu je aku nampak…
Amir´s last [type] ..Mangga Ad – Rangkaian Iklan Blog Terbaru di Malaysia
byk jenis gak iklan nie…kalau dpt nk satukan semua iklan2 AXE tu…
hehe pe2 pun, aku nk try beli..nak tgk leh tackle awek ke tak..haha
x-po´s last [type] ..FILEM 2 ALAM: DR ROZMEY, GILA ATAU WARAS?
ko tak tau ker nape ada sayur je pada makanan yang ada tulis no phone tu? awek tu dah makan sosej tu la.. haha
eiman´s last [type] ..Cadangan Streaming Video Untuk Piala Dunia 2010?
sosej dh dimakan? patut ler lelaki tu takut…hehe
best bila tengok iklan ni,hehehe mekasih bro
wazy´s last [type] ..Selamat Hari Bapa 2010
kau cuba ler call awek tu, no phone aku dh bg tu…mana ler tau…
sekali dia jwb…TULEN bang…
banyak sebab dibuat iklan tu.tengok..ramai dah komen,dan ingat pun iklan tu..maknanya berjaya la iklan tu attract orang..kenapa iklan lain macam iklan megi,vico,dll tu orang jrang ingat..hehe
p/s:teringat masa aku study dulu buat iklan..hehe..rasa cam pengarah besar lak..ACTION!
iklan yg ada unsur2 ghairah camtu org teruja tgk dan lekat dlm ingatan lebih…
siapa sebenarnya pelakon iklan wanita tu. Korong tolonglah bagi tau namanya.
azrul´s last [type] ..Video Clip Kesedaran
saper girl name dalam iklan tu haa… sbb ader jumpa dekat plaza area KL tu… hmmmm