Kad Nama OhMelaka.com

Bungkusan yang ditunggu-tunggu

Semalam (Jumaat) selepas masuk semula ke opis sesudah selesai solat jumaat aku tengok sudah ada bungkusan dari SkyNet di atas meja aku. Belek punya belek ada tertulis jelas biz card. So aku membuat kesimpulan maka itulah barang yang aku tunggu-tunggu.

Aku ada buat tempahan online kad nama untuk salah satu daripada blog yang aku ada iaitu blog OhMelaka.com. Tujuan utama aku buat kad nama nie supaya senang nak dapatkan maklumat untuk dijadikan bahan entri di blog tersebut, kira nak timbulkan rasa percaya dan kerjasama antara aku dan pemilik maklumat tersebut. Selain daripada itu, ianya juga merupakan promosi buat blog OhMelaka.com juga.

Pertama kali sebenarnya aku buat tempahan kad nama nie, jadi aku tak tahu sangat apa yang perlu untuk dimuatkan di dalam kad tersebut. Jadi aku buat beberapa carian google untuk mendapatkan contoh. Apa yang terhasil merupakan sumbangan idea penyedia perkhidmatan pembelian kad nama online tersebut, aku hanya memaklumkan akan apa yang aku nak dan apa yang perlu dia ubah. Maka hasilnya sangatlah aku berpuas hati.

Aku buat pembelian di KadBisnes.com yang dimiliki oleh Perindu Network Enterprise. Berurusan dengan email sahaja, mulanya memang agak ragu-ragu juga untuk membuat pembelian online tersebut. Kiranya ini berani mati punya percaya. Memandangkan cubaan pertama aku sangat berpuas hati dengan kejujuran dan ketelusan penjual, maka aku akan teruskan dengan beberapa lagi kad nama untuk projek-projek aku yang lain. Jujur yang aku dapat, untung yang aku bagi kepada mereka. Semoga perniagaan mereka sukses dan kekal dengan kualiti servis yang cepat ini.

Ok aku tempekkan beberapa gambar kad tersebut. Projek kad nama seterusnya juga akan aku update dalam blog nie.

Kad Nama OhMelaka.com

Kad Nama OhMelaka.com

Kad Nama OhMelaka.com

Kad Nama OhMelaka.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 Responses to “Kad Nama OhMelaka.com”

  1. 29/08/2010 at 5:29 am #

    kuruskan badan..gemokkan iman der..wooot3 o_O
    PutraRocker´s last [type] ..PRELIMINARY EXAMINATION TIMETABLE FOR SEM 1- 2010-2011

  2. 30/08/2010 at 12:44 pm #

    Bape ongkos dia? Hoho.

    • ejam
      30/08/2010 at 12:46 pm #

      untuk 300 keping hanya RM80 sahaja…percuma penghantaran dgn skynet…
      berbaloi kan?

      • 30/08/2010 at 12:56 pm #

        murah. design dia provide ke ape?

        • ejam
          30/08/2010 at 1:02 pm #

          hanya tambah RM10 sahaja utk diorg buatkan design bg pihak kita…
          lepas dh setuju dgn design yg dicadangkan br buat pembayaran pakej + RM10
          RM80 yg aku bgtau tu dh siap tambah caj design..
          kalau tak silap diorg akan jdkan pakej 250 keping RM70 sedia ada kepada pakej 300 keping RM80
          kira aku masih lagi dpt harga lama dgn kuantiti yg baru…promosi awal mungkin…

          kau boleh kompomkan terus dgn mereka adakah pakej lama masih lagi valid…

  3. 03/09/2010 at 5:23 pm #

    Pergh,memang cun kad ni :D

  4. 09/09/2010 at 9:09 am #

    tiba-tiba datang keinginan nak buat satu jugak.
    dr.aku.la´s last [type] ..Pergi Kerja- Balik Rumah

Leave a Comment

CommentLuv badge