Bila TM bertemu dengan Blogger dan Twitteratis

TM dan Social Media

Entri ini dikarang ketika sedang berguling-guling di rumah selepas balik dari pasar sehari Temerloh.

Ok berbalik kepada tajuk, jangan lari tajuk ketika musim hujan yang sejuk-sejuk nie. Jumaat lepas bersamaan 17.12.2010 aku telah pergi ke Menara TM untuk perjumpaan yang telah dirancang dan aku telah dijemput untuk menghadirinya. Perjumpaan antara TM dengan blogger dan juga twitteratis bagi menerangkan permasalahan dan produk semasa juga produk yang akan dikeluarkan kepada pengguna-pengguna TM yang lain. Mendapatkan maklumbalas dari sesi ini bagi memantapkan kualiti perkhidmatan mereka di masa depan.

Pelbagai masalah berbangkit yang menjadi persoalan dan memerlukan jawapan serta tindakan segera bagi mengatasinya. Dimulakan dengan sesi makan-makan sebaik tiba kehadiran tetamu jemputan secara berperingkat-peringkat. Selesai sahaja makan-makan bermula pula sesi penerangan ringkas daripada pihak TM berkaitan beberapa isu dan produk. Penerangan awal adalah amat membantu bagi sesi soal jawab yang berlangsung di hujung acara.

Ok kita layan gambar-gambar yang sempat aku ambil ketika sesi ini berlangsung, dengan bantuan lens canon 18-135 milik @MrKayMY banyak juga gambar jarak jauh dapat diambil. Terima kasih bro.

Dewan serbaguna lokasi perjumpaan ini berlangsung.

Dewan serbaguna lokasi perjumpaan ini berlangsung.

Contoh ruangan setup unifi di rumah, Voice.Internet.Phone

Contoh ruangan setup unifi di rumah, Voice.Internet.Phone

Contoh ruangan setup unifi di rumah, Voice.Internet.Phone

Ruangan yang menarik, memberi gambaran sebenar kelebihan Unifi yang diberikan kepada setiap penggunanya. Unifi dilengkapi dengan VIP = Voice.Internet.Phone yang mana membolehkan setiap pengguna Unifi menikmati dunia internet, telekomunikasi dan juga hiburan dalam masa yang sama hanya dengan 1 pakej sahaja. Menarik bukan, ini yang buat aku tak sabar menanti kehadirannya ke Melaka. Sila cepat datang ke Melaka yer wahai Unifi.

Sebelum apa-apa lebih baik makan dulu.

Orang cakap rezeki depan mata tak elok ditolakkan, jadi inilah menu makan-makan yang disediakan oleh pihak TM untuk semua tetamu yang hadir. Sambil makan-makan aku sempat bersembang dengan Saudara Arsyan dari MOL dan juga Saudara Pierce dari Sarawak. Maaf ler kalau aku tak pandai bersembang, maklumlah kepakaran aku bukan ditahap yang hebat macam kalian, kagum aku dengan mereka-mereka nie. Seronok berjumpa kalian.

Wakil dari MOL, saudara Arsyan Ismail

@MrKayMY baru sampai, tengah isi kehadiran dengan Adura.

Ini abang oren a.k.a @MrKayMY yer, dia baru jer sampai time nie. Isi borang kehadiran yang perlu diisi dahulu, Adura merupakan wakil TM yang memastikan tetamu yang hadir direkodkan.

@Roslan_Nazri the lucky from #Maxis10

Ini pula model #Maxis10 HTC Desire Z yang dikenali sebagai @Roslan_Nazri yang masih lagi bujang, kalau berminat sila hubungi terus twitter dia yer. Aku sempat sentuh HTC Desire Z tu, sungguh kagum aku dengan keupayaan Android, @Roslan_Nazri pun sempat memberikan penerangan ringkas akan kelebihan HTC tersebut, bayangkan dengan connection edge pun begitu pantas loading website.

Rakan semejaku sepanjang sesi ini berlangsung, @MrKayMY dan @Roslan_Nazri

CEO TM memulakan majlis penerangan awal.

Kenapa kami terpilih?

Ketua GEEK TM yang sangat pandai menerangkan konsep teknologi.

Mr.Peter merupakan seorang Geek di TM yang hebat, kaedah yang digunakan untuk menerangkan sesuatu konsep teknologi itu sangat-sangat senang dan menggunakan bahan-bahan yang biasa kita gunakan seharian.

Sesi soal jawab antara tetamu yang hadir dengan pihak teknikal TM

Saudara Pierce Wong dari Sarawak yang banyak mengemukakan persoalan berkaitan isu masalah teknikal yang sering dihadapinya dengan TM.

Goodie Beg dari pihak TM, terima kasih.

Terima kasih kepada TM untuk sesi penerangan dan maklumbalas yang banyak membantu aku mengetahui masalah dan projek yang akan dilakukan oleh mereka untuk kemudahan kita juga di kemudian hari. Hanya yang aku harapkan tolong pastikan masalah diatasi dahulu sebelum dicanangkan projek-projek yang konon hebat tapi penuh dengan masalah. Untuk atasi masalah kena dengar pendapatan dan aduan pengguna, dah dengar kena bertindak hingga selesai, jangan biarkan separuh jalan.

Pastikan “We Do Listen” tu lengkap dengan “We Also Take Serious Action”…baru lengkap.

[box type=”note”]Antara blogpost dari kenalan yang hadir sama ketika sesi tersebut:-
TM Secret Gathering of Extraordinary Gentlemen by Arsyan[/box]

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini “Setiap Gambar Ada Cerita”. Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

13 Responses

  1. luthtextile says:

    pehhh.. orang besar nih..
    bkn sebarangan orang boleh join event nih

    • ejam says:

      memang ramai org2 besar turun, aku rasa kerdil jer dlm sesi taklimat nie…
      tapi sayang AmanFirdaus tak nak turun, yeler org dah tahap artis kan…hehe

  2. suffer8zine says:

    yuppp kene segera bertindak kan bro, jgn hanya mendengar je

    Terkini : 5 Tandatangan Termahal Di Dunia

  3. yanmie says:

    oh inilah event yang di sebut2 kt twitter baru nie ye..nampak menarik..elok jugak diorang buat mcm nie…ehehee.

    ejam dh penang htc tu kan…bestkan phone android 🙂

    • ejam says:

      program nie harus dirahsiakan hingga ke hari kejadian, maka hari tuler br bleh tweet..

      best sgt android tu, rasa kagum btol dgn kelancarannya…

  4. Roslan Nazri says:

    pemes jap kat sini. haha.. kalo leh diorang buat lagi la bende macam ni huhuh

    • ejam says:

      memang seharusnya diorg kumpulkan idea sblom mulakan projek, ajak kita bincang sama pro n kon nyer…
      yeler servis utk pengguna kan, jd biar pengguna yg bg idea…kita dpt kebaikannya, mereka perolehi keuntungannya…

  5. syahirul says:

    macam mana leh hadir sesi sebegini?

    • ejam says:

      pihak consultant TM mencari blogger dan twitteratis yg punyai follower dan kekuatan yg tersendiri, diorg contact personal untuk jemputan tu melalui twitter…

  6. indobrad says:

    acara ini sangat menarik. alasan mengundang para blogger dan twitterati pun sangat tepat: we are social media influencers. blogger adalah suara rakyat yang memiliki legitimasi di ranah online.

    saya pikir fenomena yang sama pun terjadi di Indonesia. Perusahaan telekomunikasi besar macam XL (part of Axiata) juga melakukan pendekatan yang sistematis terhadap para blogger dan aktivis online. Hasilnya?! Corporate image XL cukup baik di kalangan netters Indonesia. (by the way I’m not part of XL)

    Salam kenal dari Jakarta 😀

    • ejam says:

      Salan kenal kembali dari ejam buat anda.

      Sungguh Axiata juga melakukan demikian di sana? bagus begitu, mereka menghargai pengguna dan kuasa yang ada pada blogger serta twitterati di sana.

      Semoga Celcom di Malaysia (sebahagian dari Axiata juga) akan mengikut jejak langkah tersebut, jangan senyap seribu bahasa dalam apa jua masalah yang timbul.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *