Sesuatu dari Advertlets dan Dashing for Men

Hadiah dari Advertlets dan Dashing For Men

Hadiah dari Advertlets dan Dashing For Men

Merujuk kepada Live Blog di bawah bungkusan ini diterima oleh jiran aku sebagai wakil, jiran yang merupakan keluarga mertua adik lelaki aku. Senang ada jiran yang boleh dipercayai ni. Dengan stiker Advertlets tu sudah pastilah ianya dihantar oleh mereka, takkan plak Nuffnang kan. Bila buka bungkusan nie nampaklah barangan DASHING for Men.

DASHING for Men untuk dimenangi

DASHING for Men untuk dimenangi

Baru aku teringat @JoshLim pernah email nak beri barangan ini untuk dijadikan hadiah kepada pembaca blog aku. Maka dengan ini akan aku jalankan amanah tersebut.

Aku taknak buat sesuatu yang susah, cukup dengan yang ringan-ringan jer. Yeler aku sedar diri blog aku bukan popular macam blog @ShamHardy tu, tetiba jer kan petik nama dia…hehe.

Apa yang perlu dilakukan oleh anda ialah komen sahaja diruangan komen “Kenapa aku perlukan DASHING for Men nie?”

“Aku” tu bermaksud anda ler, kalau anda seorang lelaki dan perlukan ia maka nyatakan, jika anda perempuan dan ingin hadiahkan kepada seseorang pula nyatakan juga.

Pastikan ruangan email diisi dengan email anda yang masih aktif kerana saya akan menghubungi anda untuk tujuan penghantaran barangan ini nanti.

Tips: Aku suka komen yang kelakar dan mengusik ketiak…hehe.

Tarikh tutup: 30 Januari 2011

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini “Setiap Gambar Ada Cerita”. Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

3 Responses

  1. puan isteri boleh join enggak?

  2. luth says:

    nak nak…. hehehee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *