Lebih Jelas

Lebih Jelas, originally uploaded by ej@m.

Via Flickr:
Semalam aku baru dapat pc, takde ler baru tapi dengan mendapat pc sendiri untuk urusan kerja aku tidak perlu bawa laptop sendiri ke opis. Set pc ni dah takde monitor sebenarnya kerana monitor sedia ada telah dihantar ke cawangan Gua Musang. Semalam bos bagi monitor Samsung SyncMaster 2333, dengan kod monitor tu aku rasa ini monitor bersaiz 23 inci. Bukan main punya besar bagi aku. Puas juga nak sesuaikan dengan penggunaannya. Dah terbiasa dengan laptop 14 inci jer.

Semalam juga dah siapkan install segala software yang biasa aku pakai kat laptop ke dalam pc ini supaya senang aku nak buat kerja. Dengan monitor dan pc ni boleh ler aku belajar macam-macam tutorial yang ada. Aku nak sangat belajar semula photoshop, entah bila boleh mula. DVD tutorial dah ada, masa jer tak kena lagi.

Ok ler aku nak siapkan beberapa tugasan yang diberikan, dah banyak yang tertangguh kerana tengah nak buat kerja yg diberikan dapat pula tugasan lain yang lebih penting untuk disiapkan.

Selamat bekerja semua.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

1 Response

  1. puanbee says:

    teringin juga nk belajar photoshop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.