Alhamdulillah Syukur, Semoga Semuanya Selamat Dan Dipermudahkan

Isteriku bersiap sedia untuk scan

Malam tadi kami berpakat untuk pergi scan perut isteriku untuk ketahui keadaan baby dalam perut tu sihat ker tidak. Tidak ada niat pun nak ketahui jantinanya, dah doktor bagitau maka kami dengar dan tengok jeler. InsyaAllah kami akan dapat baby lelaki. Keadaan baby sihat kata doktor dan saiznya sudah mencapai 1.1kg. Kiraan doktor tarikh kelahiran dijangka awal tahun hadapan.

Salinan gambar scan yang doktor berikan

Doakan yang terbaik buat kami, semoga isteriku selamat melahirkan zuriat kami nanti dan diberikan zuriat yang sihat dan sempurna.

Sempat rakamkan video tadi tapi mungkin makan masa nak edit sana sini dan nak convert sebelum boleh upload ke youtube. Nanti dah upload aku akan tempekkan kat blog ni, InsyaAllah.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

6 Responses

  1. Sham Hardy says:

    aku doakan semoga wife dan anak ko selamat bro. tahniah la eh.. 😀

    • ejam says:

      thx bro, semoga selamat dan dipermudahkan segalanya…
      kau juga yg tambah anak dulu kan…hehe, tahniah gak kat kau..

  2. cikgufarha says:

    salam abg ejam, wahh baby boy ehh?? hehe tahniah… dah berapa bulan ek?? mcm besa je baby?? sy dah 8 bulan lebih, 1.9kg hehe~ per2 pon doa semuanya selamat 🙂

    • ejam says:

      Alhamdulillah, sekarang dah masuk bulan ke-7, memang baby besar doc cakap, skrg ni org umah selalu rasa sesak nafas mungkin sebab tu kot….semoga semuanya selamat.

  3. Azman Ishak says:

    amirul masa scan dulu pon aku sempat record masuk utiup. hahaha.. sila upload. sangat layan untuk ditengok di masa hadapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.