Kepentingan Kerusi Ini

Pentingkah kerusi ini di dalam bilik air?

Malam tadi ketika menunaikan hajat di dalam bilik termenung terbaik di dunia ini aku ada terfikir pasal blog, rasa nak update lagi dengan berdasarkan 1 gambar sahaja dan diceritakan tentang gambar tersebut.

Oleh itu kerusi merah ini menjadi bahan ujikaji pertama. Terfikir juga akan kepentingan kerusi kecil sebegini di dalam bilik air, adakah orang lain juga punyai kerusi serupa di dalam bilik air mereka?

Bagi aku beberapa kepentingan yang dapat dijana oleh mindaku ini adalah seperti berikut:-

  1. Ketika buang air kecil duduk atau mencangkung adalah dituntut dan kerusi ini dapat membantu.
  2. Boleh duduk ketika menggosok gigi, dengan adanya kerusi ini tidak perlu berdiri atau tertonggeng-tonggeng.
  3. Menyampu rambut dengan selesa ketika duduk.
  4. Mencuci muka akan lebih selesa dan sempurna bila berada dalam situasi yang tenang.
Mungkin ada banyak lagi kegunaannya yang aku tidak dapat fikirkan atau senaraikan disini, apa kata anda tinggalkan komen untuk sama-sama kita menguji minda berfikir diluar kotak.
UPDATE:
Pada 09/10/2011 yang lepas aku dan isteri singgah ke IKEA untuk jalan-jalan cuci mata, kebetulan terjumpa kerusi ini yang lebih tinggi dan boleh menggantikan tugas kerusi merah di atas maka kami belilah. Bukan kerusi ini sahaja yang kami sambar, ada beberapa barangan lain juga tersambar dibuatnya bila berada di IKEA.

Kerusi dari IKEA

Perbezaan ketinggian kerusi tersebut

Kini isteriku yang sedang mengandung akan lebih selesa untuk duduk ketika mandi.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

5 Responses

  1. utk orang pompuan, kerusi mcm ni sangat2 elok ada utk elakkan mencangkung terlalu lama, bahaya…nak2 waktu membasuh kain menggunakan ‘handwash’…

    p/s: tp kan b, rasanya mcm dah tak berapa sesuai ngn syg yg dh agak memboyot ni…kerusi ni rendah sgt, agak sakit pinggang n nak tunduk jd susah…

  2. izam says:

    kerusi ni bagus utk bawak sembahyang…boleh ganti yg sudah dikomersialkan…saya ada videonya…camna nak attach kat sini…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.