Menyediakan TV Untuk Pengiklanan Produk

Petang tadi beberapa jam sebelum balik aku ditugaskan untuk menyiapkan 1 unit tv lcd dengan video yang memaparkan produk syarikat. Video tu perlu dimuatkan ke dalam pendrive yang dibekalkan oleh bos.

Ada 4 unit semuanya pendrive yang dibekalkan, lagi 1 tu tengah running di tv kat gambar atas tu. Agak murah pendrive jenama SanDisk 4GB ni, hanya RM17.00 sahaja. Produk dari China memang murah cuma kualiti jer yang kurang sikit.

Sekali 3 unit pendrive aku pacakkan kat usb reader tu untuk proses memasukkan video tersebut, dengan berbuat demikian aku dapat menjimatkan masa. Bila kita dapat menyiapkan kerja lebih awal dan teratur ianya merupakan suatu kepuasan dan kelegaan.

Proses pemindahan sedang berlangsung, bergerak agak pantas untuk video 7 minit bersaiz 400mb, mungkin agak besar video tersebut tapi tidak mengapa kerana saiz pendrive tu pun cukup besar dan ada lebihan ruangan simpanan lagi.

Inilah kotal lcd tv jenama Samsung bersaiz 32 inci yang akan dipasangkan di setiap cawangan untuk memainkan video yang ada dalam pendrive tu. Aku dapat tahu harga lcd tv ni agak murah tapi tidak dapat disahkan kerana aku belum berpeluang untuk bertanyakan secara langsung kepada bos aku sendiri.

3 unit lcd tv untuk dipasang pada 3 cawangan yang ada, lokasinya Ayer Hitam, Kuantan dan Gua Musang. 1 unit lcd tv yang aku telah sediakan tadi untuk dipasang di cawangan Ayer Hitam esok oleh bos. Aku mungkin tidak akan ikut kerana aku ada hal dengan pihak TM, mereka akan datang untuk selesaikan masalah yang ada.

4 unit pendrive yang telah dimuatkan dengan video, kini mereka bersedia untuk berkhidmat kepada syarikat. Semoga panjang umur hendaknya.

Alhamdulillah, beberapa minit sebelum habis masa kerja 1 unit yang akan dibawa ke cawangan Ayer Hitam telah siap aku bungkuskan semula dan diasingkan dari unit yang lain agar tidak bercampur.

Maka tamatlah tugasan yang diberikan dan ianya berjaya disiapkan seperti yang diarahkan. Syukur.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.