SPAM Menggunakan Identiti Twitter Pula

Ingatkan betul-betul ada mesej di Twitter yang tak boleh dibaca.

Sangat kurang ajar orang yang suka hantar email SPAM ni, aku hampir-hampir ingatkan memang betul ada mesej yang tidak boleh dibaca. Terfikir juga, bila masa pula Twitter ada buat limit untuk mesej atau nama lainnya DM (Direct message) dalam setiap akaun. Dengan bantuan tetikus dia maklumkan ke laman web lain, bila klik nasib baik dah ada warning dari Google akan laman web tersebut tidak selamat dikunjungi.

SPAM berkaitan online banking telah beralih arah nampaknya, tapi apa yang mereka akan dapat bila menggunakan nama Twitter pula sebagai taruhan?

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini “Setiap Gambar Ada Cerita”. Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *