Tangki Punya Pasal, Seharian Di Rumah

Setelah tertangguh beberapa kali akhirnya berjaya juga ditukar kepada unit yang baru. Yang pasti semuanya adalah ditaja oleh tuan rumah. Tangki dan upah pemasangan adalah di bawah pembiayaan tuan rumah.

Perancangan awal hendak tukar tangki pada minggu awal bulan September tapi disebabkan banyak halangan dan aktiviti yang berlangsung pada hari ahad maka tertangguh. Sudahlah hanya ahad sahaja hari yang aku ada dirumah, hari lain kami berdua kerja.

Semasa proses penukaran tadi pakcik yang buat tu makan masa yang agak lama, sampaikan terlajar waktu makan tengah hari kami. Sekitar jam 3 petang baru dia balik dan dapatlah kami makan.

Semoga tangki baru tersebut mampu berkhidmat dengan baik dan tidak menimbulkan masalah lagi.

 

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *