Daripada Merah Nak Ubah Jadi Oren

Hari sabtu yang lepas aku bermain dengan Photoshop. Mula-mula aku ambil gambar dulu kemudian baru pilih mana sudut yang paling sesuai untuk digunakan. Padamkan apa yang patut pada gambar asal untuk diselaraskan dengan permintaan pelanggan.

Ada pelanggan rekues nak tengok bagaimana rupa traktor tu kalau diwarnakan mengikut kod warna cat. Bayangkan bagi kod warna pastu nak tukarkan dalam bentuk gambar. Nasib baik Google banyak membantu memudahkan cara. Gunakan kod warna yang diperlukan dan search “Jotun Orange 436” dan dibawakan kepada contoh warna bagi kod tersebut. Pilih warna tersebut menggunakan tool dalam photoshop tu kemudian tadaa dapat kod warna tersebut; R – 213, G – 82, B – 55.

Lepas tu mulalah aktiviti selongkar photoshop macam mana nak ubah agar warna traktor tu dapat berubah dengan baik tanpa perlu nampak seperti diwarnakan dan macam kartun. Aku harap cara yang aku gunakan untuk mengubah warna tersebut dapat memberi gambaran yang diperlukan oleh pihak tersebut.

 

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

2 Responses

  1. levelsatu says:

    usaha yang baik untuk belajar photoshop. 🙂

  2. Juan says:

    bagus, nmpk ok ja, good jobs

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *