Lepas Rindu pada Ecah

Lepas rindu pada budak comel ni..

Sabtu lepas balik Melaka untuk kenduri kesyukuran Abah dan Acik selamat balik dari haji. Alhamdulillah dipermudahkan ibadah mereka. Abah dan Acik alami batuk-batuk lagi, semoga cepat sembuh dan kembali sihat. Selain daripada tujuan balik untuk kenduri ianya digunakan juga untuk melepaskan rindu pada anak angkat Abah aku ni, Ecah yang semakin bijak dan lasak. Penat juga melayan karenah dia tapi seronok.

Hari Ahad sempat bawa dia berjalan-jalan ke Jusco Bandaraya, saja jalan-jalan cuci mata jer. Punyalah penuh orang, parking pun penuh ada yang park tepi jalan jer. Benda yang amat merisaukan pada kawasan parking Jusco tu ialah laluan air yang tidak baik menyebabkan takungan air hujan pada lot parking yang menyusahkan pengunjung bila hendak naik atau turun dari kenderaan. Ada berlaku rekahan pada tepi jalan dengan bangunan utama Jusco tersebut, harap-harap segera diperbaiki untuk elakkan kecelakaan berlaku.

Semalam baru balik ke Mentakab semula, terasa sedih jer nak tinggalkan Ecah. Kalaulah boleh memang nak bawa dia balik jer tapi keadaan tidak mengizinkan. Nanti cuti hari krismas boleh ler jumpa dia lagi kot.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.