Mudah Untuk Beli Cat Jotun

JOTUN Gardex

Ingat lagi entri ini di mana aku kena sediakan gambar traktor mengikut warna yang diperlukan oleh pelanggan dari Singapura. Pelanggan tu dah menyatakan persetujuan untuk membeli traktor tersebut dengan warna tersebut, maka dari semalam bermulalah aku mencari kedai JOTUN yang ada stok cat JOTUN ORANGE 436. Alangkah kecewanya semua kedai yang aku pergi tiada cat tersebut, bila mereka cek dalam pengkalan data cat mereka berdasarkan kod yang diberi memang ada kod cat tersebut cuma mereka tidak boleh buat disebabkan tiada stok warna merah yang diperlukan oleh mesin mereka untuk membancuh cat tersebut. Aku ambil katalog yang kedai tu berikan untuk di emailkan kepada pelanggan agar mereka dapat sahkan adakah kod lain menyamai warna cat yang mereka perlukan.

Pelanggan tersebut membalas email dan memaklumkan kod cat Safron Sky 2362 adalah menyamai warna yang mereka inginkan. Maka tadi aku pergi semula kedai JOTUN tersebut dan minta mereka buatkan cat tersebut. Sangat mudah dan cepat proses penghasilannya. Begitu mudah dengan penggunaan teknologi yang canggih.

Inilah hasilnya cat yang telah dibancuh mengikut kod warna yang diperlukan. Apa yang aku perhatikan cat kuning sebagai asas dan memang sedia ada dalam tin tersebut, mereka letakkan tin tu di dalam mesin dan melalui komputer mereka memilih kod warna dan serta merta mesin mengeluarkan warna merah ke dalam tin tersebut. Tin yang telah dicampurkan dengan warna merah tersebut kemudian ditutup rapat semula dan dimasukkan ke mesin yang akan menggoncangkan tin tersebut agar campuran lebih sempurna. Begitu mudahkan.

Harga bagi aku boleh kira murahlah untuk cat metal, beli hanya seliter sahaja. Harap-harap cukuplah untuk mengecat semua bahagian yang perlu pada traktor tersebut.

Ini pengalaman buat aku, jangan ingat kerja sebagai IT Admin tak perlu buat kerja-kerja “budak pejabat”. Sebarang tugasan yang diberikan jangan anggap ianya bebanan, terimalah ia sebagai suatu lagi pengalaman dalam hidup.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini “Setiap Gambar Ada Cerita”. Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *