Terima Kasih Cikmin, Makanan Yang Best di Birthday Party Faheem

Happy Birthday Faheem yang ke-2

Hari ini aku dan isteriku pergi ke rumah blogger Cikmin atas jemputan beliau ke parti hari jadi anak lelaki beliau iaitu Faheem yang berumur 2 tahun. Perancangan awal hendak sampai awal tapi apa boleh buat ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum bertolak ke lokasi. Jam 4 petang baru sampai, ok ler baru sejam bermula majlis dan makanan masih banyak lagi.

Sampai jer terus berjumpa dengan Cikmin dan suami yang sangat peramah. Cerita banyak tak guna, apa kata layan gambar-gambar “sedap” di bawah kerana anda pasti cemburu tahap tertinggi.

Semua makanan di atas adalah sangat sedap sekali, kesungguhan tuan rumah menjamu hadirin sangat terbaik. Boleh jadi contoh yang baik kepada sesiapa yang ingin menganjurkan majlis.

Kami berpakaian dengan cuba mengikut warna tema majlis, boleh dikatakan hadirin semua mengikut tema yang ditetapkan olek Cikmin.

Di akhir kata, ucapan terima kasih kepada Cikmin, suami dan keluarga kerana sudi menjemput dan menjamu kami. Jika ada nak buat makan-makan lagi jangan segan-segan jemput ejam dan isteri lagi yer kerana kami boleh jadi pemakan yang baik…hehe.

 

3 Comments
  1. 21/11/2011
    • 21/11/2011
  2. 22/11/2011

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Read previous post:
Selamat Datang Ms.Eee
Close