Cik Cinta Wangi Dinodai

Ternoda sudah.

Petang semalam (26/12/2011) sekitar jam 5 petang ketika dalam perjalanan balik dari Kuala Lumpur ke Mentakab aku singgah di Petronas KM10 Jalan Karak kerana isteriku hendak pergi ke tandas. Selesai jer urusan yang sepatutnya mulalah hendak bergerak pulang. Ketika berada di persimpangan keluar dari Petronas tersebut sementara menunggu tiada kenderaan dan selamat untuk keluar berhenti seketika. Tiba-tiba Persona Hitam CCE 7844 datang dari arah kanan terus menghentam pintu kereta aku. Ini semua gara-gara pemandu tersebut sibuk bercakap di telefon dan memandu hendak keluar dari persimpangan tersebut tanpa melihat keadaan sekeliling.

Sebelum dia menghentam kereta, aku telah bunyikan hon untuk dia sedar kerana aku tidak boleh hendak bergerak keluar dari simpang tersebut kerana jalan belum lagi selamat untuk keluar. Namun begitu sebab leka sangat dengan telefon berlanggar juga. Habis panel pintu kanan kemek.

Bila aku keluar boleh pula mamat tu nak salahkan aku kenapa tidak jalan, sah-sah ketika itu tidak selamat untuk keluar. Ayat bodoh yang dia cakap ialah dia guna telefon ketika kereta berhenti, apa kejadahnya berhenti sampai hentam kereta aku. Aku minta ganti rugi dia tak nak bayar, aku hendak repot polis dia tak nak. Akhirnya ajak pergi buat repot juga, tapi dalam perjalanan dia melarikan diri. Tapi aku sempat merakamkan gambar sebagai bukti.

Inilah muka pesalah yang melarikan diri.

Tengok gambar di atas, itulah mamat yang menghentam kereta aku dan melarikan diri. Aku harap kau segera mengaku salah dan bayar gantirugi aku semula. Repot polis aku dah buat.

Arah dia menghentam kereta aku.

Sarjan Saadon pergi ke lokasi kejadian

Disebabkan inilah aku telah membuang masa petang aku dengan kembali ke lokasi selepas buat repot kerana pegawai penyiasat ingin tengok lokasi. Apa yang aku paling sakit hati ialah Sarjan Saadon ini dengan mudah menyalahkan aku sedangkan dengan jelas aku bagitahu situasi yang terjadi. Aku syak dia ni kenalan kepada mamat bodoh tu, kalaulah benar aku doakan korang selamat dunia akhirat kerana menganiaya orang lain.

Tengok-tengok dan ambil gambar.

Lepas selesai tengok lokasi kejadian pegawai polis tersebut beredar dan kami pun balik dengan hati yang sakit akibat kemalangan tersebut. Sudahlah hati sakit, ditambah lagi dengan sakit hati bila buat repot polis pun tetap dikatakan bersalah. Sungguh tidak adilnya undang-undang trafik ini.

Aku harapkan keadilan sewajarnya.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini “Setiap Gambar Ada Cerita”. Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

7 Responses

  1. Stumbled here from twitter, #wordless wednesday post..
    wow, that’s really messed up.. I’ve had some close calls because of idiots and their cellphones.. they really need to learn to drive before they kill someone! Hope everyone is ok.

  2. titan says:

    ko hantar ke tv3 aje. haha..

  3. Mus says:

    saya faham situasi tersebut..
    semoga pesalah mendapat hidayah..
    sabarlah bro..

  4. hafizal says:

    dia yg langar dari belakang.mestilah dia yg salah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *