Repair Cermin Pecah Kena Batu, Mudah dan Jimat

Pecah pada cermin kecil sahaja.

Tugasan pertama aku pagi ini ialah bawa pergi repair cermin depan  Toyota Hilux syarikat ini yang ada kesan pecah akibat kena batu. Nasib baik pecah yang kecil sahaja, tapi sebagai langkah pencegahan daripada berhabis duit kemudian hari untuk tukar sekeping cermin lebih baik buat apa yang patut. Sepanjang proses repair tu aku snap gambar hanya untuk update blog sahaja, kata blogger kan…hahaha *perasan*.

Toolbox James Bond

Langkah pertama yang dibuat ialah membuat sedikit lubang kecil pada kawasan yang pecah dengan tujuan untuk menyuntikkan gam khas ke dalam cermin. Gerudi mini yang digunakan memang selamat untuk cermin kerana hanya lubang kecil sahaja yang terbentuk dan dihasilkan. Segala kotoran atau habuk kaca dibersihkan terlebih dahulu sebelum gam khas tersebut disuntik masuk.

Gam khas untuk disuntik ke dalam cermin

Beginilah proses suntikan dibuat

Proses menyuntik gam khas ke dalam cermin untuk membaiki kesan pecah pada lapisan dalaman cermin, seperti yang kita ketahui cermin hadapan kenderaan dibina beberapa lapisan untuk memastikan ianya selamat dan tidak mudah pecah berderai bila terkena objek keras.

Cecair untuk menutup semula lubang yang telah dibuat

Kepingan plastik digunakan untuk alas proses pengeringan

Lampu UV digunakan untuk percepatkan proses pengeringan

Cecair khas untuk mengemaskan permukaan cermin akan disapukan selepas gam khas disuntik masuk. Cecair ini juga bertujuan untuk menutup kesan lubang yang dibuat ketika proses memasukkan gam khas tadi. Permukaan cermin akan kembali rata semula selepas siap.

Lebihan cecair akan dikikis dengan pisau

Lebihan cecair yang kering itu dikikis agar benar-benar rata dan menutupi lubang. Permukaan cermin akan kembali seperti sediakala walaupun begitu tidaklah seperti asal kerana akan kelihatan kesan lubang yg dibuat, itupun jika diperhatikan betul-betul.

Inilah kedainya

Inilah kedainya, lokasi dekat dengan simpang empat yang terletaknya JPJ Temerloh dan PUSPAKOM Temerloh. Bayaran yang dikenakan hanya RM40.00 sahaja. Sekiranya lebih daripada itu sila bersuara yer…itu hak pelanggan.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

10 Responses

  1. eiman says:

    wahh tak yah tukar cermin baru la macam ni.. nak jimat lagi tak yah insurans kan cermin hadapan tu.. buleh guna cara nih..

  2. Hans says:

    wah
    mudah jer rupanya
    🙂

  3. Juan says:

    mcm tu rupanya proses

  4. titan says:

    hoho..rm40 aje..kena ambil tahu nih..

  5. Fauzi says:

    Assalam. Tuan, ada no telifon kedai ini tak? Saya nak call dulu sebelum pergi. Ahad buka ka?

    Fauzi Azmi 013 6081310

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.