Sambungan Ubahsuai Label Pintu

Stiker yang ditempah telah siap.

Pagi tadi dah siap stiker yang ditempah kelmarin, stiker potong warna hitam sahaja yang digunakan. Biasanya boleh ambil cepat tapi memandangkan kedai tersebut kekurangan kakitangan berikutan banyak kerja-kerja lain yang diperlukan lebih segera maka makan masa sedikit. Ini adalah sambungan daripada entri sebelum ini “Ubahsuai Label Pintu”.

 

Label asal telah dipadamkan.

Dengan sedikit petrol plet tersebut berjaya dibersihkan dan membolehkan stiker ditampal.

 

Masking tape digunakan untuk memindahkan stiker

Gunakan masking tape sahaja untuk memindahkan stiker tersebut, mudah bukan. Tidak perlu tempah stiker yang siap dengan stiker jernih di bahagian atas tu, dapat jimat sikit kan.

 

Dalam proses melekatkan stiker di atas plet

Beginilah caranya menampal stiker di atas plet tersebut dengan menggunakan masking tape sebagai medium pemindahan. Kaedah ini cukup jimat kerana ianya boleh diulang pakai masking tape tersebut sehingga habis menampal stiker yang ada.

 

Inilah hasilnya

Lihatlah inilah hasilnya setelah selesai menampak stiker tersebut di atas plet.

 

Guna semula

Berjimat-cermat amalan mulia, beginilah menggunakan semula masking tape tersebut untuk menampal stiker yang lain pula.

 

Siap satu lagi

Inilah hasil ketiga-tiga plet selepas ditampal stiker

Ok tugasan sudah selesai, Alhamdulillah.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini “Setiap Gambar Ada Cerita”. Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

2 Responses

  1. titan says:

    terbaiklah..aku sendiri blurr kalau kena buat benda nih..

    • ejam says:

      bila dah buat baru kita tahu macam mana nak selesaikannya, nampak macam kerja tiada kaitan tapi itulah pengalaman yang bukan senang nak dapat..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *