Sunway Education Day

Iklan Sunway Education Day dari Nuffnang

Sepanjang minggu ini pasti akan meriah blog tertentu yang mendapat iklan “Buffered Earning” atau lebih dikenali sebagai BE daripada Nuffnang. Iklan tersebut nampak simple sangat dengan 2 lapisan warna-warni atas dan bawah. Maklumat yang dipaparkan sudah cukup jelas tujuannya, apa yang perlu kalau pengunjung blog anda hendak ketahui lebih lanjut hanya perlu klik sahaja. Iklan tersebut akan langsung membawa anda ke laman web utama Sunway Education Group, aku pun baru tahu jenama pusat pengajian tinggi Sunway ini ada pelbagai dan dihimpunkan dalam satu kumpulan.

 

Sunway Education Group

Tengok itu terpapar segala macam jenis pusat pengajian di bawah kumpulan ini. Antaranya ialah:-

  1. Sunway University
  2. Sunway College
  3. Sunway College Ipoh
  4. Sunway College Johor Bahru
  5. Kolej Sunway Kuching
  6. Sunway TES
  7. Sunway International School
  8. Sunway International Business & Management

Lokasi yang banyak dan terletak di bandar-bandar utama rasanya sesuai untuk mereka yang mencari tempat untuk menyambung pelajar selepas tamat SPM 2011.

Kepada adik-adik di luar sana, sekiranya mencari tempat untuk sambung belajar pastikan pilih dengan bijak dan dapatkan maklumat lanjut. Untuk mengetahui akan sesuatu kursus yang ditawarkan oleh sesebuah pusat pengajian adalah dengan mengunjungi Hari Terbuka yang mereka anjurkan. Di situ khidmat nasihat dan kesesuaian kursus juga dapat diketahui dengan serta merta, kebaikan untuk anda juga.

Jangan lupa pergi Sunway Education Day pada 17 & 18 Disember 2011.

Buat pilihan bijak kerana ianya melibatkan masa depan adik-adik semua.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *