Tukar Akaun TM Online Kepada MyTM

klik pada Pay My Bills

Aku baru perasan bahawa TM ada buat perubahan pada sistem pengurusan akaun dalam taliannya, sebelum ini dengan TM Online (www.tmonline.com.my) kini dengan jenama MyTM pula. Untuk memudahkan aku juga maka aku daftar MyTM ini juga. Pada mulanya ingatkan kena daftar baru rupanya boleh pindahkan akaun sedia ada pada TM Online. Ikuti langkah berikut yang sempat aku rekodkan ketika proses pemindahan tersebut.

 

Sekiranya pernah ada akaun di TM Online sila pilih “Are you an existing TM Online user? Click here supaya tidak perlu daftar baru. Sekiranya belum pernah ada akaun sila pilih “Don’t have an account? Sign up for free, namun begitu penerangan ini hanya untuk pemilik akaun sedia ada sahaja.

 

Sila pilih Yes untuk urusan ini bagi pemilik akaun di TM Online sedia ada.

 

Sejurus selepas itu anda diminta untuk memasukkan Login ID dan Password yang digunakan di TM Online, pastikan ianya serupa untuk tujuan pengesahan dan penggabungan akaun.

 

Anda akan dibawa ke laman paparan maklumat ringkas dari akaun TM Online anda, sekiranya ada ruangan yang kosong dan wajib diisi sila penuhkan dahulu dan tick pada persetujuan perjanjian kemudian klik Submit.

 

Pendaftaran yang berjaya akan dimaklum seperti gambar rajah di atas, email password sementara akan dihantar. Perlu diingatkan email yang digunakan hendaklah masih aktif. Sekiranya tidak dapat pada Inbox sila semak Junk Mail anda.

 

Password sementara yang dihantar ke email akan digunakan pada ruangan ini, hanya untuk sementara dan anda akan diminta untuk menukar password tersebut kepada pilihan anda sendiri.

 

Pengesahan ubah password akan dipaparkan sekiranya berjaya.

 

Kini anda boleh login dengan selamat dan menyemak akaun MyTM anda.

 

Namun begitu nombor akaun TM anda tidak terpapar secara automatik sebaliknya anda perlu buat sesuatu yang dirasakan seperti ulangan sahaja iaitu memasukkan semula Id dan Password TM Online anda dan selepas itu klik Verify untuk proses menarik rekod TM Online anda. Kali ini tujuannya untuk menarik akaun perkhidmatan yang anda langgan di TM.

 

Nombor akaun perkhidmatan TM anda akan dipaparkan untuk anda simpan. Namun begitu ada kemusykilan sedikit di sini kerana hanya dipaparkan 1 akaun sahaja sedangkan saya ada 3 akaun untuk perkhidmatan TM.

 

Pengesahan nombor akaun TM tersebut telah disimpan.

 

Laman Registered Services akan dipaparkan tapi agak pelik kerana tidak terpapar apa pun di situ, mungkin masih ada yang tidak kena pada sistem mereka.

 

Pada laman My Services tambah akaun Streamyx dengan masukkan ID dan Password Streamyx serta nombor kad pengenalan. Satu lagi kelemahan sistem MyTM yang tidak automatik tarik segala akaun.

 

Akaun Streamyx berjaya ditambah ke My Services.

 

Klik pada My Bills baru nampak semua akaun TM yang ada bawah nama aku, sebelum ini pada TM Online hanya nampak 2 akaun sahaja kini baru nampak 3 akaun sepatutnya. Aku buat semakan semula pada TM Online akaun yang hilang hari itu sudah masuk, kini sudah sama MyTM dan TM Online.

 

Inilah laman web TM Online.

 

Paparan sistem MyTM lebih kemas dan menarik berbanding TM Online yang kelihatan ketinggalan dan tidak mengikut trend semasa.

Ok lepas ini aku tidak perlu buka TM Online lagi untuk semak bil, hanya melalui laman web TM.com.my sahaja sudah boleh semak bil.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

7 Responses

  1. Zaid says:

    wahh sangat detail.. bagus.. nanti nak try.. TQ..

  2. Kujie says:

    tak pernah reg sebelum ni
    ada akaun streamyx……..gunalah sampai berkurun

    tapi semalam kak jie call 100, nak upgrade kelajuan
    dia bagi tempoh seminggu
    susah hati pula sebab 9hb kak jie nak pergi bercuti, tak ada kt rumah
    harap2 esok lusa dia datang sebelum

    • ejam says:

      ejam register pun kebetulan bila bil tak sampai2, tu yg nk tgk dlm sistem mereka berapa bil yg perlu dibayar nnt.

      harap2 diorg dtg awal ler supaya agak dpt guna yg dh upgrade sblom g cuti2 malaysia…

  3. XNY says:

    Tiada guna daftar di MyTM. Banyak masalah akan timbul. Jika berlaku berlaku kesilapan dalam memasukkan maklumat kamu akan merana kerana pihak TM sendiri tidak mampu menyelesaikannya. Tidak boleh reset, delete, ubah maklumat termasuk maklumat yang tersilap dimasukkan dan macam2 lagi. Itulah yang diberitahu oleh pihak TM. Mereka sendiri tidak mempunyai kuasa untuk memperbetulkan sesuatu apatah lagi kita ni orang biasa seolah-olah sistem mereka dibina oleh orang asing.

    Sistem mereka mengenal pengguna hanya dengan email atau Akaun TM Online sahaja bukan dengan Nombor I.C + (Telefon Tetap + Nombor Akaun) + TM email. Jadi memasukkan segala maklumat peribadi adalah tidak berguna. Sistem pengintegrasian yang sangat teruk dibina oleh mereka. Aku tidak dapat mengitegrasikan akaun TM Reward,Yemmz, dan banyak lagi. Aku ada akaun MyTM lebih dari satu sebagai membuktikan sistem mereka tidak mampu mengesan duplikasi walaupun maklumat yang sama dimasukkan. Walaupun telah diberitahu kepada pihak TM supaya membersihkan akaun terduplikasi, jawapan yang aku dapat adalah akaun tersebut tidak boleh dihapuskan.

    Apa guna ciri-ciri mendaftar di MyTM jika mesej yang dapat adalah seperti “ Sila ke TM Point terdekat untuk mendaftar atau menukar pakej Streamyx”. Tahap keterukan sistem mereka dikaburi oleh rekabentuk portal yang agak kontemporari. Jika sistem mereka dinilai dengan bintang, aku akan beri 1 bintang dari lima bintang 1/5 Star (Sangat teruk).

    Aku yakin pihak TM akan bersikap kebumiputraan berbanding profesional. Mereka mungkin akan mencabar aku membina sistem setanding atau lebih hebat dari mereka dan bukannya cuba untuk memperbaiki dan menaik taraf sistem. (Perenggan ini hanya gurauan sahaja :-))

    Kesimpulannya, tidak berbaloi untuk mempunyai akaun MyTM sehingga mereka menaik taraf sistem mereka kepada lebih banyak fungsi dan kawalan kepada pengguna dan juga pengintegrasian yang berfungsi.

  4. XNY says:

    Akaun Paypal boleh ditutup tetapi akaun MyTM jangan harap.

  5. XNY says:

    Akaun Bank boleh ditutup akaun MyTM jangan harap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.