DELL Vostro – Semoga Produktiviti Meningkat

Bungkusan yang dinanti telah tiba.

Semalam selepas makan tengah hari masuk pejabat semula kelihatan kotak yang dinanti telah tiba. Itulah dia mesin bantuan kerja yang baru dibeli oleh Encik Bos untuk menggantikan mesin yang aku pakai sekarang. PC sedia ada bukannya lama cuma spesifikasinya agak kurang sedikit untuk kerja-kerja berat melibatkan suntingan gambar dan video. Diharapkan PC baru ini mampu melaksanakan tugasan dengan baik seiring dengan amanah yang diberikan pada aku sehari-hari.

Memang sudah jadi kegemaran Encik Bos membeli PC jenama DELL secara online kerana tidak perlu membazir buang masa keluar untuk mencari kedai, tahu-tahu PC sudah sampai. Lagipun servis DELL boleh tahan juga terbaik. Ada satu situasi di mana laptop isteri Encik Bos yang baru dibeli sebulan tidak boleh beroperasi, aku cek dan telah mendiagnosis mother board laptop tersebut bermasalah. Ternyata selepas menghubungi khidmat pelanggan DELL dan melakukan troubleshot secara dalam talian melalui telefon juga mereka berpendapat sedemikian. Permohonan menggantikan mother board baru telah dibuat dan masa seminggu diberikan oleh pihak DELL untuk menghantar orang mereka tukar. Ternyata seperti yang dijanjikan ianya dikotakan.

Ok berbalik kepada cerita asal.

PC kali ini menggunakan pemproses Intel Core i5 dengan 4 GB RAM. Mungkin ianya berkeupayaan untuk melaksanakan tugas dengan baik.

Mari lihat gambar untuk cerita sebenar.

"unboxing"

Segala CD driver, kabel dan tetikus.

Papan kekunci

Monitor dan slim tower.

Dijana oleh Intel Core i5 dan Windows 7 Pro.

Siap dipasang.

Perbezaan monitor 20" dan 23".

Hari ini akan melakukan kerja-kerja pemindahan data dan menyusun semula agar lebih tersusun dan mudah dikesan segala folder yang ada. PC lama akan dihantar ke cawangan Gua Musang untuk kegunaan mereka. Monitor 23″ itu adalah pinjaman daripada Encik Bos.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

8 Responses

  1. puanbee says:

    paling malas nak susun balik folder2 tu kan ,

    tapi best lah dapat yang baru ..laju je nanti

    • ejam says:

      ketika komen ini dibalas baru jer siap susun folder tu, pc lama dah bungkus masuk kotak utk dihantar ke cawangan gua musang.

      ni tgh install printer2 yg ada…tu yg payah kalau byk printer ni.

      laju tu ok ler, sesuai ler utk guna photoshop sekiranya perlu kan.

  2. ohcikgu says:

    wahh, beli online kerr..

    • ejam says:

      yup, kebanyakan pc kat opis mmg bos beli online sahaja dgn dell kerana mudah dan penghantaran percuma.

  3. Kujie says:

    23″, wah…. seronoknya nak membaca online

    kak jie guna 17″ beli melalui mudah.my

    • ejam says:

      23″ tu yg dulu, dh dipulangkan kpd bos, skrg pakai yg 20″ yg dtg sekali dgn set baru, kecil sedikit…ok ler masih lg selesa utk guna photoshop.

  4. titan says:

    hoho..mesti suka sangat tu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *