DiGi Prepaid Internet

Sim Pek DiGi Limited Edition Prepaid Internet

Pertama kali mencuba Internet Prepaid daripada DiGi ini adalah dengan tujuan untuk menyediakan kemudahan internet kepada isteri ketika berada di kampung. Isteriku akan bercuti 3 bulan mulai Januari 2012 untuk cuti berehat dan cuti bersalin. Memandangkan di rumah sewa kami sudah ada internet talian tetap Streamyx maka kenapa perlu bebankan diri dengan komitmen broadband pascabayar yang berkontrak sekurang-kurangnya 12 bulan. Maka broadband prepaid menjadi pilihan yang bersesuaian.

5 hari siap sedia untuk sambungan ke internet.

Pek permulaan ini hanya berharga RM25.00 sahaja, sudah siap sedia untuk bekalan akses ke internet untuk 5 hari. Jadual penuh had akses internet yang disediakan mengikut jumlah langganan anda adalah seperti berikut.

Validity DiGi Prepaid Internet

Pada hari pertama percubaan keupayaan internet DiGi ini adalah di kawasan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu, Kelantan (HRPZ2). Tidak disangka-sangka ianya mampu mencapai HSDPA dengan kelajuan penuh. Sangat lancar sekali mengakses internet tanpa putus-putus. Setelah balik ke rumah mak mertua di Kampung Telaga Tujuh, Labok, Machang aku telah mencuba capaian internet DiGi di kawasan tersebut. Tidak menggembirakan kerana hanya mampu capai tahap EDGE sahaja namun aku ingin juga mencubanya. Ternyata ianya masih mampu melayari Facebook dengan lancar sekali walaupun tidak selaju HSDPA.

Semoga pihak DiGi dapat meluaskan lagi kawasan capaian HSDPA mereka di Malaysia.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

3 Responses

  1. sikin says:

    nak tanya leh dok? ni kwn ada gk beli digi prepaid ni, tp time nak setting tue.. pastu connect cm dia suh.. buat la.. tp tak dpt oo.. kenapa ek. confius..

    • ejam says:

      minta kawan sikin daftar kat website digi ni https://www.digi.com.my/ocs kemudian tgk pada status no telefon utk broadband tersebut aktif ataupun tidak.
      pastikan tambah nilai betul yer kerana kad digi prepaid ini kadar tempoh penggunaan bergantung pada tambah nilai, pastikan telah tamat tempoh baru buat tambah nilai.

  2. juliana says:

    salam nk tanya pakai lagi x ??? klu x pakai sya nk beli ,sekarang kt kedai xde dah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.