Haq Sentiasa Bersama Papa Walaupun Kita Berjauhan

Haq di handphone papa

Memandangkan Haq dan mamanya berada jauh dari papa maka untuk melepaskan rindu papa letakkan gambar Haq sebagai wallpaper di telefon bimbit papa. Bila hendak tidur tengok telefon dulu, bila rasa bosan tengok telefon. Semoga Haq beri kerjasama baik dengan mamanya ketika papa tiada disisi. Kurang-kurangkan berjaga tengah malam yer Haq, bagi mama rehat yang sepenuhnya.

Laptop papa pun gambar Haq juga

Bila online di laptop pun akan tengok gambar Haq dulu. Sila abaikan keadaan huru-hara ruang tamu “orang bujang” itu yer. Bila mood telah ok baru akan mengemas rumah.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

12 Responses

  1. yanmie says:

    Salam,

    ehehee sian papa ejam dapat natap gambar je, takpe nanti balik kg atau nor abis pantang boleh lah natap puas2 nanti, rasai nikmatnya jadi seorang ayah heeee 😀

    • ejam says:

      lama tu nk tunggu, target awal bulan 3 kot baru bleh balik sana…
      rindu ler sgt2 nnt, harap2 haq tak lupa sentuhan kasih papa dia ni.

  2. Kujie says:

    hahahaha………….inilah realiti rumah ‘bapa kena tinggal’

  3. Memang huru hara ruang tamu itu…sian papa Haq…tkde mood nk kemas umah yer?

  4. Mus says:

    bila berjauhan dengan anak dan isteri..
    hidup pasti sunyi

  5. titan says:

    sabarkan ajelah ye. hehe..

  6. kak ina kl says:

    tahniah dah dapat cahayamata..akak dulu cam kamu gak..berpisah dgn hb 6 bulan..lelama tak tahan berjauhan kenalah berhenti kerja.

    • ejam says:

      terima kasih kak,
      ni nasib baik kami suami isteri bekerja dekat-dekat jer antara satu sama lain, sebelum mengandung dulu pun sudah setahun lebih kami jd pasangan jarak jauh…lps ada rezeki kerja dekat dengan isteri barulah datang rezeki mengandung..

      kini dalam fasa berjauhan sebab berpantang pula, nasib baik 2 bulan sahaja isteri nak habiskan masa di kampung, sebulan lagi akan membiasakan anak dengan rumah kami sebelum dia mula bekerja semula.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *