Penghujung 2011 Yang Sangat Mencabar

Makan McD dulu setelah keluar daripada hospital Temerloh.

Walaupun entri ini dilepaskan pada tahun baru 2012 namun kisah penghujung tahun 2011 aku sangat-sangat “meriah” sekali. Balik dari cuti Krismas secara tepatnya iaitu pada  27 Disember 2011 isteriku ada pemeriksaan kandungan terakhir sebelum balik ke Kelantan untuk bersalin. Pemeriksaan kali ini adalah melibatkan scan, alangkah terkejutnya keputusan yang diberikan oleh doktor di klinik tersebut menyatakan bahawa air ketuban kandungan isteriku sedikit.

Selepas doktor keluarkan keputusan terus bagi arahan untuk masuk wad di Hospital Temerloh untuk pemeriksaan pakar keesokkan harinya. Isteriku masuk wad untuk semalaman dan pada hari Rabu (28 Disember 2011) doktor Hospital Temerloh melepaskan isteriku dengan syarat iaitu mesti masuk ke wad di Hospital Kota Bharu pula untuk pemeriksaan lanjut. Kebetulan isteriku memang ingin bersalin di Kelantan, hajatnya dikabulkan oleh pihak Hospital Temerloh dan tidak perlu bersalin paksa iaitu induce.

Balik sahaja dari Hospital Temerloh bawa isteriku pekena Burger McD dahulu di Mentakab kerana beliau mengidam hendak makan sebelum bersalin. Maka haruslah ditunaikan hajat itu. Pada hari yang sama kena bertolak ke Kelantan.

Sampai ke kampung sekitar jam 3 pagi, memang tak sesuai sangat untuk terus ke hospital. Maka pada tengah hari 29 Disember 2011 barulah aku bawa isteri ke Hospital Kota Bharu (Hospital Raja Perempuan Zainab II – HRPZ2). Sesampai sahaja di HRPZ2 terus kena masuk wad, memandangkan wad kelas 1 telah penuh dan tiada kekosongan maka terpaksa masuk wad biasa yang serba kekurangan dan sesak dengan pesakit yang ramai.

Dalam perjalanan balik ke Kelantan singgah makan Tom Yam dulu.

Kaunter wad bersalin HRPZ2.

Inilah wad yang padat di HRPZ2 tu.

Sedih tengok keadaan isteriku kerana terpaksa masuk wad yang padat dan sesak ini walaupun dia sebenarnya layak untuk dapat wad kelas 1. Inilah pengalaman merasa bagaimana orang biasa yang terpaksa duduk di wad dengan kemudahan serba kekurangan begini.

Alas kayu jer.

Pada hari Sabtu isteriku dipindahkan ke wad yang lain, katanya kelas 2 kerana ada penghawa dingin. Walaupun begitu tidaklah seselesa mana pun. Setelah pemeriksaan demi pemeriksaan, ujian demi ujian akhirnya isteriku telah keluar wad pada 01 Januari 2012. Dia diarahkan untuk buat pemeriksaan pakar di Hospital Tanah Merah pula pada 08 Januari nanti. Memandangkan aku tiada disisinya maka kenalah dia minta bantuan abah mahupun adik-beradik dia untuk hantarkan ke hospital tersebut nanti.

Semoga pemeriksaan berikutnya akan memberikan keputusan yang baik juga. Tarikh jangka bersalin ialah 21 Januari, sekiranya tiada juga tanda untuk bersalin pada tarikh tersebut maka akan kena induce untuk paksa bersalin demi keselamatan ibu dan babynya.

Aku mengharapkan doa daripada kawan-kawan semua untuk mendoakan segalanya berjalan lancar dengan Izin-Nya.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

6 Responses

  1. ohcikgu says:

    semoga dipermudahkan hendaknya..

  2. Emmet says:

    wah, post yang bagus, blog ni pun lawa, keep up the good work! 😀

  3. farenova says:

    salam saudara ejam, insyaallah bayi en ejam dgn isteri akan lahir dengan selamatnya dengan izin Allah tanpa perlu diinduce. Ini kerana dikhuatiri sistem dalam badan baby belum matang kalau diinduce terlalu awal, (kecuali jika ada komplikasilah kan). Saya dahulu, doktor ingin induce 19hb Januari- tapi baby lahir pada 30Januari tanpa diinduce. Besar perbezaan 10 hari itu. Anak saya amat jarang sakit alhamdullillah.

    just want to share- ibu ini lahirkan anak pada minggu ke 43 kandungannya
    http://www.facebook.com/groups/mygentlebirth/permalink/10150317283791198/

    en ejam juga boleh beli exercise ball untuk isteri sbg langkah untuk ‘natural induce’, isteri duduk atas bola itu.

    just my 2 cents,

    wslm

    • ejam says:

      thx utk perkongsian info ini, anak pertama banyak yg perlu diketahui.
      syukur sehingga saat ini masih belum lagi induce, sabar menunggu 21/01 utk hari terakhir mengikut perkiraan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *