
Si Bogel yang mencerobohi blogku.
Selama ini aku hanya menyaksikan blog atau laman web orang lain sahaja yang di-deface oleh kumpulan hacker dari Indonesia, kini blog aku sendiri yang menjadi mangsanya. Ada 3 blog aku semuanya telah diubah index.php kepada paparan seperti di atas iaitu EjamOthman.com, OhMelaka.com dan juga TwitNView.com.
Perkara ini aku sedari ketika membuka blogku pada sebelah pagi tadi, sejurus setelah membuat semakan pada bahagian dashboard wordpress aku dapati masih lagi boleh diakses dan tiada perubahan dibuat pada ruangan tersebut. Aku terus maklumkan pihak ServerFreak untuk minta bantuan mereka mengembalikan index.php aku yang telah diubah. Seperti kebiasaannya tahap kecepatan mereka bertindak memang tidak dapat dinafikan lagi, terbaik setakat ini. Sekitar jam 9.15pagi semuanya telah kembali kepada asal, terima kasih ServerFreak.
Aku perlu membuang plugin yang tidak diperlukan, tapi sebelum itu aku akan meminta saudara @Eizil untuk membuat imbasan tahap keselamatan untuk mengesan dimanakah “lubang” yang wujud sehingga mereka berjaya menceroboh blog-blog aku itu. Untuk pengetahuan semua, saudara @Eizil ada menyediakan perkhidmatan sekuriti untuk blog. Kepada yang memerlukan bantuan beliau bolehlah terus ke blog beliau.







wow.. di masuk ikut mana?
yg itu tidak dapat dipastikan lagi, masih lagi dalam siasatan menyeluruh.
Selain daripada plugin, hacker juga boleh masuk melalui theme yang kita gunakan. Dan juga melalui directory blog kita. Tidak lupa juga password hosting yang kita gunakan untuk akses ke cPanel dan juga FTP.
thx utk tips yg diberikan, akan buat siasatan menyeluruh dengan bantuan bro @eizil
takutnya ..kalau kena kat sy mengelabah juga ..
puanbee´s last [type] ..Puan.Aishah Binti Ibrahim Nak Bagi Dua Juta Pounds
mula2 takut gak, bila lepas login ke dashboard tiada apa2 perubahan hati dah mula bertenang, terus send tiket support ke serverfreak minta mereka repairkan, kejap jer dah pulih…hosting terbaik.
Aku dah kena dah tempohari oleh Dr Cruzz
shraqs´s last [type] ..Giveaway Of The Day – Software Percuma Setiap Hari
oh yeker, dari indon jugak ker?
kenapa la sekarang suka sangat nak hack2 orang…makan gula2 hack lagi sedap
mytenet´s last [type] ..WEBSITE YANG MENGUBAH DUNIA ANDA
diorg nak aplikasikan apa yg mereka baru belajar kot, selain dari itu beri kesedaran juga kpd tuan blog akan kelemahan yg ada.
diorang saje je tu. test power..
power telah di test dgn jayanya, blog aku jd mangsa…hehe
pernah kena sekali, gelabah habis, dah la baru jinak2 dgn wordpress,mujur ada pihak hosting boleh bantu walaupun lambat sikit…
zie fauzi´s last [type] ..Rakan Blogger Diperlukan | Galaxy Tab 10.1 Sedang Menanti
itulah pentingnya pemilihan hosting yg boleh dipercayai dan mempunyai rekod yg baik kan..