Cara Ambil Screenshot Di Google Chrome

Blog aku sekarang sedang anjurkan pertandingan “RM100 untuk dimenangi, hanya capture counter sahaja”, namun begitu ada pertanyaan diruangan komen yang menyatakan kesukaran untuk mendapatkan screenshot seperti yang disyaratkan berikutan saiz monitor yang lebar dan tidak memaparkan keseluruhan laman web tersebut.

Oleh itu aku sediakan tutorial untuk memudahkan sesiapa juga mengambil screenshot dengan mudah apabila menggunakan Google Chrome. Chrome Apps yang aku cadangkan ialah “Awesome Screenshot” yang mudah digunakan.

Pilihan untuk Selected Area

Aku mulakan dengan pemilihan Capture Selected Area sekiranya anda ingin mengambil screenshot bahagian-bahagian tertentu sahaja dalam browser Chrome.

 

Pilih bahagian yang ingin dibuat screenshot

Selepas buat pemilihan pada ikon “Awesome Screenshot” bawa mouse anda ke mana-mana bahagian yang diperlukan dan tarik sehingga memenuhi ruangan yang diperlukan tersebut. Kemudian klik Capture untuk mengesahkan bahagian yang diingini.

 

Screenshot yang telah dibuat.

Anda akan dibawa ke tab baru yang memaparkan screenshot Selected Area yang telah anda buat, klik Done.

 

Save atau upload screenshot

Kini anda ada pilihan samaada untuk terus upload pada hosting mereka dan memudahkan anda untuk terus kongsikan ataupun save untuk simpanan di komputer anda untuk kegunaan lain.

 

Cara ambil screenshot Entire Page.

Kini aku ulang langkah awal, tapi kali ini untuk pilihan Capture Entire Page. Aku rasa ini adalah yang paling sesuai digunakan oleh mereka yang tidak dapat buat Printscreen disebabkan oleh monitor yang lebar.

 

Screenshot yang telah dibuat.

Beginilah hasilnya setelah berjaya dibuat Screenshot dengan Entire Page, lihat pada toolbar di atas, ada pilihan untuk Crop, anda boleh pilih itu untuk membuat pemotongan bahagian yang perlu sahaja. Sekiranya tidak sempat untuk berbuat demikian ianya masih lagi boleh dibuat kemudian dengan menggunakan Editor lain yang sedia ada di dalam komputer anda.

 

Save atau upload screenshot

Pilihan yang diberikan tetap serupa setelah buat Screenshot, anda boleh upload ataupun save.

 

Diharapkan tutorial ini dapat membantu peserta-peserta yang ingin turut serta dalam pertandingan yang aku anjurkan. Semoga tuah akan memihak kepada anda untuk mendapatkan screenshot nombor yang diperlukan.

Selamat berjaya.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

16 Responses

  1. Reena says:

    Senangnya guna Google Chrome eh? Kalau guna Safari leceh sikit kot… sebab kena banyak edit.

  2. paeh says:

    aku guna extension imgur…

  3. guna fs capture best..

  4. asya says:

    tq 4 de tips….

  5. kartikel.com says:

    aku pakai hyperdekstop, select pastu terus upload.
    setel

  6. fina fento says:

    saya pakai webpage screenshot 😀

  7. lunaticg says:

    Good luck kepada semua blogger yang join. RM100, banyak gak tu…. 🙂

    • ejam says:

      jom ler join sama, mudah sahaja…rajin-rajinlah refresh untuk mempercepatkan pergerakan counter tersebut..

  8. E.K says:

    Kalau pakai windows 7, pakai je Snipping Tool

  9. zuls says:

    nak pakai gak ah .. macam best jer ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *