Haq Umur Sebulan

Sebulan dah umur anak papa dan mama ni.

Sabtu yang lepas 18.02.2012 genaplah sebulan umur anak pertama kami iaitu Dhiyaulhaq Zhafran atau lebih manja dipanggil Haq. Hanya menyaksikan perkembangannya melalui update gambar-gambar dan berita dari isteri melalui facebook dan sms sahaja. Memandangkan jarak yang jauh maka hanya cara sedemikian sahaja yang boleh digunakan untuk melepas rindu. Sesekali isteriku akan telefon dan letakkan mode loud speaker berhampiran Haq dan aku akan memanggil beberapa kali namanya, reaksi dari suaranya seperti mencari-cari akan papanya…sedih sungguh rasanya.

Tidak sabar untuk bawa Haq dan isteri pulang awal bulan Mac nanti, lepas itu bolehlah melayan Haq dengan puas. Haq tunggu papa datang yer, boleh kita sembang panjang.

Semoga Haq membesar dengan sihat dan berperangai baik sepanjang masa. 🙂

Penenang hati Papa.

Hilang stress papa bila tengok muka Haq.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

2 Responses

  1. sumijelly says:

    cepat jer kan masa berlalu… dah sebulan…..pas tu 2 bulan.. pas tu cik puan pun keje..huhuhu…

    maish menyusu badan yek?? **sekadar bertanya

    • ejam says:

      Alhamdulillah, sekarang masih lagi menyusu badan, lepas balik ke Mentakab nanti baru mula buat stok utk keperluan Haq nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.