Ini Nangka Madu Mastura Dari Ladang Milik Rosyam Nor

Nangka Madu Mastura

Semalam selepas masuk semula ke pejabat selepas siap tugasan luar aku dapati ada beg plastik di atas meja, aku pun bertanyalah kepada rakan sepejabat apakah itu. Lalu mereka memaklumkan bahawa itu nangka yang diberikan oleh salah seorang pekerja di ladang nangka milik Rosyam Nor. Aku memang sudah tahu akan penglibatan Rosyam Nor dalam penanaman nangka, dan beliau juga merupakan duta produk syarikat aku bekerja namun inilah pertama kali aku merasa nangka dari ladangnya.

Sejurus sampai rumah operasi mengerjakan nangka ini berjalan, sapu minyak masak dahulu di kedua-dua tapak tangan untuk mengelakkan melekat getah. Bila mengasingkan isinya memang sangat puashati dengan saiznya yang besar.

Saiz isinya besar-besar.

Lihat saiznya, memang puas makan. Dengan beberapa ulas sahaja sudah cukup kenyang, Alhamdulillah.

Apa nama bahagian ini?

Apakah nama bahagian ini? Yang berjurai-jurai yang memegang ulas-ulas nangka itu? Aku ambil juga bahagian ini kerana ianya boleh makan dan manis. Rugi buang benda yang boleh makan.

Terima kasih atas pemberian buah nangka yang sedap ini.

8 Comments

Add a Comment

CommentLuv badge